Hael Husaini
penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hal Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Husaini (lahir 10 Disember 1988) merupakan seorang penyanyi, komposer dan pelakon Malaysia. Beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo sejak 2017 melalui single yang bertajuk Jampi. Beliau juga merupakan Juara untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak dua kali pada tahun 2018 dan 2019. Selepas Jampi, beberapa lagu Hael Husaini turut mencipta beberapa kejayaan seperti Haram, Hajat, Hati, Kelentang-Kelentong dan banyak lagi.
Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Hael Husaini | |
---|---|
Kelahiran | Hal Husaini bin Razmi (1988-12-10) 10 Disember 1988 (umur 35) |
Pekerjaan | Penyanyi, Komposer , Penerbit , Pelakon |
Tahun aktif | 2006–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Soul, R&B, Balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait | Azhael, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Naim Daniel |
Tutup