From Wikipedia, the free encyclopedia
Haile Selassie I (Ge'ez: ቀዳማዊ ኃይለ ሥላሴ? , qädamawi haylä səllasé[nb 1]; Sebutan Amhara: [ˈhaɪlɜ sɨˈlːase] ( dengar);.[2][3] 23 Julai 1892 – 27 Ogos 1975), lahir sebagai Tafari Makonnen Woldemikael,[4] adalah pemangku raja Habsyah dari 1916 hingga 1930 dan maharaja dari 1930 hingga 1974. Baginda turut menjadi Pengerusi Pertubuhan Perpaduan Afrika dari 25 Mei 1963 hingga 17 Julai 1964 dan 5 November 1966 hingga 11 September 1967. Baginda adalah ahli Wangsa Soloma.
Haile Selassie I | |
---|---|
Maharaja Habsyah | |
Pemerintahan | 2 April 1930 – 12 September 1974 |
Kemahkotaan | 2 November 1930 |
Didahului oleh | Zewditu |
Diikuti oleh | Asfaw Wossen (Amha Selassie) sebagai "Raja Habsyah" (Tidak mengiktiraf gelaran sedemikian) |
Perdana Menteri | Lihat senarai
|
Enderase | |
Pemerintahan | 27 September 1916 – 2 April 1930 |
Didahului oleh | Ras Bitwoded Tessema Nadew (di bawwah Iyasu V) |
Monarch | Zewditu |
Pemakaman | Holy Trinity Cathedral, Addis Ababa, Ethiopia |
Pasangan | Menen Asfaw |
Anakanda | Puteri Romanework Puteri Tenagnework |
Ayahanda | Ras Makonnen Woldemikael |
Bonda | Yeshimebet Ali |
Agama | Ethiopian Orthodox |
Di Liga Bangsa 1936, baginda mengecam penggunaan senjata kimia oleh Itali terhadap rakyatnya ketika Perang Itali–Habsyah kedua.[5] Pandangan internasionalis beliau membolehkan Habsyah menjadi ahli piagam PBB, malah fahaman politik dan pengalaman baginda dalam memupuk multilateralisme dan keselamatan bersama terbukti besar dan berkekalan pengaruhnya.[6] Namun penindasan oleh beliau terhadap pemberontakan di kalangan bangsawan bertanah (mesafint) yang sering menentang pembaharuan baginda, di samping apa yang dilihat oleh sesetengah pengkritik sebagai kegagalan Habsyah untuk memodenkan diri secepat-cepatnya,[7] menyebabkan baginda dikritik oleh kalangan orang sebaya mahupun ahli sejarah.[8] Ketika pemerintahan beliau, suku Harari dibasmi dari Kawasan Harari.[9][10] Rejimnya turut dikecam oleh pejuang hak asasi manusia seperti Human Rights Watch, sebagai autokratik dan tidak liberal.[11]
Di kalangan gerakan Rastafari yang dianggarkan seramai dua ke empat juta orang pengikutnya, Haile Selassie dihormati sebagai messiah dari kitab yang pulang ke bumi.[12][13] Bermula di Jamaica pada 1930-an, gerakan Rastafari menanggap Haile Selassie sebagai tokoh penyelamat yang akan memimpin zaman keemasan keamanan, keadilan dan kemakmuran abadi.[14] Haile Selassie menganut agama Kristian Ortodoks Habsyah seumur hidup. Baginda merupakan tokoh utama sejarah Habsyah.[15][16]
Haile Selassie mangkat pada 27 Ogos 1975 pada usia 83 tahun ekoran rampasan kuasa.[17]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.