Guts (album Olivia Rodrigo)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Guts (digayakan dalam semua huruf besar) ialah album studio kedua oleh penyanyi-penulis lagu Amerika Syarikat Olivia Rodrigo, dan telah dilancarkan pada 8 September 2023, melalui Geffen Records. Album tersebut ditulis dan dirakam oleh Rodrigo bersama-sama dengan Dan Nigro, penerbit dan pemain muzik yang pernah bekerjasama dalam penghasilan album sulung Rodrigo, Sour (2021). Diilhamkan oleh tempoh masa sejurus selepas kejayaan Sour, Rodrigo menghasilkan album Guts dengan harapan dapat mencerminkan proses kematangan yang beliau alami menjelang akhir zaman remajanya.
GUTS | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 8 September 2023 (2023-09-08) | |||
Tempat | Amerika Syarikat | |||
Studio |
| |||
Genre | ||||
Panjang | 39:12 | |||
Bahasa | Inggeris | |||
Syarikat | Geffen | |||
Penerbit | Dan Nigro | |||
Kronologi Olivia Rodrigo | ||||
| ||||
Single daripada GUTS | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Secara komersil, Guts mendahului carta album di 12 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Sweden dan United Kingdom. Dalam penampilan sulungnya di Amerika Syarikat, ia merekodkan jualan sebanyak 302,000 unit setara album pada minggu pertama, sambil berjaya menempatkan kesemua 12 lagunya di dalam tangga 40 Teratas Billboard Hot 100. Tiga single telah dilancarkan daripada album tersebut, termasuklah hit nombor satu antarabangsa "Vampire" serta "Bad Idea Right?" dan "Get Him Back!" yang berada dalam carta 10 teratas. Bagi mempromosikan album itu, Rodrigo akan memulakan jelajah konsert Guts World Tour pada tahun 2024.