![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8d/Mauna_Kea_from_the_ocean.jpg/640px-Mauna_Kea_from_the_ocean.jpg&w=640&q=50)
Mauna Kea
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mauna Kea[1] [mau.na ké.a, ماونا كيا] merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di pulau utama negeri Hawaii, Amerika Syarikat. Dengan ketinggian 4,205 meter (13,796 kaki) dari aras laut, gunung berapi ini adalah titik tertinggi di kawasan kepulauan Hawaii. Kebanyakkan bahagian gunung ini berada di bawah laut. Apabila dikira daripada dasar lautan, Mauna Kea adalah setinggi 10,200 m (33,500 kaki) di mana secara ia jauh lebih tinggi berbanding Gunung Everest di atas aras laut. Kali terakhir gunung ini meletus ialah pada 4,000 hingga 6,000 tahun dahulu. Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), sehingga Januari 2012, tahap amaran gunung berapi bagi Mauna Kea ialah "normal".[2]
Gunung Berapi Mauna Kea ݢونوڠ براڤي ماونا كيا | |
---|---|
![]() Mauna Kea dengan salji di puncaknya | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 4,205 m (13,796 ka) |
Tonjolan | 4,205 m (13,796 ka) |
Pengasingan | 3,947 kilometer (2,453 bt) |
Geografi | |
Lokasi | Hawaii, ![]() |
Induk banjaran | Kepulauan Hawaii |
Geologi | |
Usia batuan | Oldest dated rock: 237,000 ± 31,000 BP |
Jenis gunung | Perisai, titik panas |
Lengkok/Lingkaran gunung berapi | Rantaian Gunung Bawah Laut Hawaii-Emperor |
Letusan terakhir | 6,000 hingga 4,000 tahun dahulu |
Pendakian | |
Pendakian pertama | Recorded: Goodrich (1823) |
Laluan paling mudah | Denai Mauna Kea |
"Mauna Kea" datang daripada istilah Mauna a Wākea[3] yang bermaksud "gunung putih" dengan adanya puncak dilitupi salji dalam musim-musim tertentu.[4] Gunung ini puncak paling terutama antara lima gunung berapi yang dianggap suci bagi masyarakat peribumi Hawaii[5][6] kerana ia dianggap tempat dewa-dewi;[7] maka gunung ini dikenakan kemasukan berpantang larang kepada golongan pembesar masyarakat tersebut.