![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2c/Fuji.svg/langms-640px-Fuji.svg.png&w=640&q=50)
Grand Prix Jepun 2008
From Wikipedia, the free encyclopedia
Grand Prix Jepun 2008 (nama rasmi: XXXIV Fuji Television Japanese Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 12 Oktober 2008, di Fuji Speedway, Oyama, Jepun. Ia adalah perlumbaan ke-16 dalam kalendar Formula Satu musim 2008. Perlumbaan yang dipertandingkan sebanyak 67 pusingan, telah dimenangi oleh Fernando Alonso dari pasukan Renault, selepas bermula dari tempat keempat. Robert Kubica mendapat tempat kedua untuk BMW Sauber, dan Kimi Räikkönen mendapat tempat ketiga untuk Ferrari.
Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-16 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2008. | ||
![]() | ||
Tarikh | 12 Oktober 2008 | |
Nama rasmi | XXXIV Fuji Television Japanese Grand Prix | |
Lokasi | Fuji Speedway, Oyama, Daerah Sunto, Shizuoka, Jepun | |
Litar | Litar perlumbaan tetap 4.563 km (2.835 batu) | |
Jarak | 67 pusingan, 305.721 km (189.945 batu) | |
Cuaca | Berawan | |
Petak pertama | ||
Pemandu | ![]() |
McLaren-Mercedes |
Masa | 1:18.404 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | ![]() |
Ferrari |
Masa | 1:18.426 pada pusingan ke-55 | |
Podium | ||
Pertama | ![]() |
Renault |
Kedua | ![]() |
BMW Sauber |
Ketiga | ![]() |
Ferrari |
Kemenangan ini adalah kemenangan kedua berturut-turut bagi Alonso, selepas beliau memenangi Grand Prix Singapura dua minggu sebelum perlumbaan ini. Kubica menghalang Räikkönen pada beberapa pusingan terakhir untuk mendapat tempat kedua. Tempat ketujuh Massa membantunya untuk merapatkan jurang kepada Hamilton dalam Kejuaraan Pemandu kepada lima mata. Ferrari pula berada tujuh mata di hadapan pasukan McLaren dalam Kejuaraan Pengeluar, dengan baki dua perlumbaan.