kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
Golden Child (Hangul: 골든 차일드 ; disingkatkan sebagai GNCD atau GolCha) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Woollim Entertainment pada tahun 2017.[2] Kumpulan ini terdiri daripada tujuh orang ahli: Lee Dae-yeol, Y, Lee Jang-jun, Bae Seung-min, Bong Jae-hyun, Kim Dong-hyun dan Hong Joo-chan. Pada asalnya sebelas orang ahli, Park Jae-seok meninggalkan kumpulan pada Januari 2018 dan Tag, Kim Ji-beom dan Choi Bo-min meninggalkan kumpulan pada bulan Ogos 2024. Kumpulan ini debut pada 28 Ogos 2017, dengan album mini pertama mereka Gol-Cha!.[3]
Golden Child | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre |
|
Tahun aktif | 2017 | –kini
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | W Project |
Laman sesawang | goldenchild11 |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Pada bulan Januari 2017, Woollim Entertainment melancarkan projek pra-debut untuk pelatih, W Project.[4][5] Lima ahli Golden Child (Joochan, Jangjun, Tag, Daeyeol, Donghyun) dan bekas ahli Jaeseok diperkenalkan di bawah projek pra-debut ini.
Pada 15 Mei, Woollim Entertainment melancarkan kumpulan lelaki baru Golden Child, ini adalah kumpulan lelaki pertama mereka dalam tempoh tujuh tahun sejak Infinite.[6][7] Pada 17 Mei, ianya telah didedahkan sebelas nama ahli barisan kumpulan ini.[8][9][10] Pada 22 Mei, Woollim Entertainment mengeluarkan konsep "class photos" untuk Golden Child dan telah disahkan akan muncul dalam rancangan realiti pra-debut 2017 Woollim Pick..[11][12] Pada 9 Ogos, ia diumumkan bahawa Golden Child akan membuat penampilan kameo pada 20th Century Boy and Girl.[13]
Golden Child secara rasminya debut pada 28 Ogos dengan album mini pertama mereka Gol-Cha!, terdiri daripada enam buah lagu termasuk single utama "DamDaDi".[15] Showcase debut mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan perilisan album.[16][17] Pada 1 September, Golden Child membuat pentas debut rasmi mereka di program muzik Music Bank, mempersembahkan single utama "DamDaDi" dan "I Love You So".[18][19] Pada 17 September, album mini tersebut telah mencapai Noombor 1 di carta harian Tower Records di laman muzik terbesar di Jepun.[20] Pada 16 Oktober, mereka mengeluarkan Love Letter runut bunyi untuk 20th Century Boy and Girl.[21]
Pada 6 Januari 2018, diumumkan bahawa Jaeseok telah meninggalkan kumpulan ini kerana masalah kesihatan.[22] Sepuluh ahli yang lain meruskan sebagai kumpulan dan mengeluarkan album mini kedua mereka Miracle pada 29 Januari.[23] Album mini kedua mereka mengandungi enam buah lagu termasuk single utama "It's U". Showcase comeback mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan perilisan album.[24][25] Mereka meneruskan promosi dengan mengeluarkan video muzik untuk "Lady", lagu dari album mini kedua mereka.[26][27] Pada 13 April, mereka mengumumkan secara rasmi selesai promosi tiga bulan mereka.[28]
Pada 22 Mei, Golden Child mengadakan perjumpaan peminat pertama mereka Golden Day untuk meraikan ulang tahun debut pertama mereka di Seoul, Korea Selatan.[29] Mereka juga mengadakan perjumpaan peminat Jepun di Nagoya dan Tokyo masing-masing pada 24 Mei dan 25 Mei.[30] Pada 24 Jun, Golden Child membuat persembahan di KCON NY 2018.[31] Pada 11 Ogos, Golden Child membuat persembahan sebagai barisan KCON LA 2018.[32] Secara berterusan, mereka mengesahkan barisan mereka untuk KCON Thailand yang pertama pada 29 September 2018.[33]
Pada 4 Mei, Golden Child mengumumkan nama kelab peminat rasmi mereka akan dipanggil 'Goldenness',[34] Berikutan itu mereka mengeluarkan album single pertama Goldenness pada 4 Julai, dimana mengandungi tiga buah lagu dengan single utama "Let Me".[35][36]
Pada majlis perasmian kelab peminat yang dinamakan 'Golden Child Cheerful Geumdong Time' pada 14 Oktober, mereka mengejutkan peminat mereka dengan mengumumkan comeback mereka. Pada 24 Oktober, Golden Child mengadakan showcase comeback dan mengeluarkan album mini ketiga mereka Wish. Album mini ini mempunyai tujuh buah lagu termasuk single utama "Genie" dengan imej yang lebih matang.[37]
Pada 2 Mei 2019, Golden Child mengeluarkan single digital pertama mereka "Spring Again" sebagai hadiah untuk peminat semasa hiatus mereka.[38] Sitkom web pertama Golden Child Crazy Petty Housemate mula ditayangkan mulai 16 Oktober di platform media Lululala Story Lab. Sitkom web lapan episod disiarkan setiap hari Rabu dan Sabtu.[39]
Pada 18 November, Golden Child mengeluarkan album studio pertama mereka Re-boot. Album ini mengandungi dua belas buah lagu termasuk single utama iaitu "Wannabe".[40] Golden Child memenangi kemenangan program muzik pertama mereka pada 26 Disember, melalui rancangan M Countdown.[41]
Golden Child berjaya mengadakan konsert solo pertama mereka, "Future and Past" pada 18 dan 19 Januari 2020.[42] Versi semula album studio pertama mereka yang bertajuk Without You telah dikeluarkan pada 29 Januari 2020, dengan single utama dengan nama yang sama..[43]
Pada 20 Mac, diumumkan bahawa kumpulan ini akan menyertai pertandingan realiti televisyen Mnet Road to Kingdom.[44] Mereka adalah kumpulan pertama yang tersingkir dalam episod kelima. Pada 31 Mei, Golden Child dan artis Woollim Entertainment yang lain mengeluarkan single kolaborasi Relay dengan nama With Woollim.[45]
Pada 23 Jun, Golden Child mengeluarkan album mini keempat mereka Take a Leap, album ini mempunyai tujuh buah lagu termasuk single utama "One (Lucid Dream)".[46] Pada 18 Ogos, diumumkan bahawa Golden Child akan mengadakan konsert dalam talian, NOW pada 13 September.[47]
Pada 7 Oktober, Golden Child telah mengeluarkan album single kedua mereka Pump It Up mengandungi tiga buah lagu termasuk single utama dengan nama yang sama.[48][49]
Pada 17 Disember, Jaehyun didapati positif COVID-19. Pada 31 Disember, diumumkan bahawa Jaehyun telah didapati negatif daripada COVID-19 dan akan meneruskan aktiviti bersama Golden Child seperti biasa.[50][51]
Pada 25 Januari, Golden Child mengeluarkan album mini kelima mereka Yes. dengan single utama "Burn It".[52] "Burn It" berada di Carta Album Teratas iTunes, mencapai tempat di 10 teratas di 11 wilayah.[53]
Pada 18 Jun, diumumkan bahawa Golden Child akan mengadakan konsert dalam talian/luar talian, Summer Breeze pada 17 dan 18 Julai.[54] Namun, ia ditangguhkan kerana kes COVID-19 meningkat di Korea.[55]
Pada 26 Jun, Golden Child mengambil bahagian dan membuat pentas yang hebat di Dream Concert 2021. 2021 Dream Concert diadakan di Stadium Piala Dunia Sangam di Seongsan-dong, Mapo-gu, Seoul.[56]
Para 2 Ogos, Golden Child mengeluarkan album studio kedua mereka Game Changer dengan single utama "Ra Pam Pam".[57] Muzik video mencapai 20 juta tontonan di Youtube dalam masa 3 hari selepas dilancarkan.[58]
Pada 9 Ogos, Hanteo Chart mengumumkan bahawa album Game Changer terjual lebih dari 126,000 salinan pada minggu pertama dan menjadi album dengan penjualan minggu pertama tertinggi di bawah Woollim Ent mengatasi Yes. oleh Golden Child.[59] Hanteo Chart, carta muzik masa nyata satu-satunya di dunia, mengucapkan tahniah kepada Golden Child dan mengeluarkan sijil rasmi yang membuktikan jumlah penjualan Chodong Awal melebihi 100,000 naskhah. Oleh itu, Golden Child membuktikan diri mereka sebagai salah satu kumpulan utama yang mewakili K-pop dengan menunjukkan pertumbuhan 1.8 kali ganda berbanding album sebelumnya Yes. Initial Chodong record (71,485 salinan).[60]
Single utama "Ra Pam Pam" memulakan debutnya di #2 di Carta Billboard World Digital Song Sales Chart dan #37 di Carta Billboard Digital Song Sales Chart.[61] Golden Child adalah Kumpulan K-pop lelaki ketiga yang tertera di Carta dan memegang gelaran untuk rekod debut tertinggi.[62] "Ra Pam Pam" adalah lagu pertama teratas iTunes Mongolia setelah dilancarkan pada pukul 6 petang pada 2 Ogos. Selain itu, Game Changer menduduki tempat Pertama di Turki di carta album K-pop teratas iTunes, Kedua di Thailand, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Sepanyol, Indonesia dan Malaysia, Ketiga di Hong Kong dan Kanada, dan dengan itu berada dalam kedudukan TOP5 di 11 negara dan wilayah.[63]
Pada 5 Oktober, Golden Child mengeluarkan versi semula album studio kedua mereka Ddara dengan single utama dengan nama yang sama.[64]
Pada 16 Januari, Golden Child membuat persembahan dalam Expo 2020 Dubai's Korea National Day K-pop concert.[65]
Pada 26 Januari, Golden Child membuat debut Jepun mereka dengan single "A Woo!!".[66] "A Woo!!" memulakan debut di nombor satu pada Oricon Weekly Single Chart, Billboard Japan Singles Sales Chart (24–26 Januari) dan Tower Records' National Sales Singles Chart.[67][68]
Golden Child mengadakan konsert dalam talian/luar talian, Play, pada 5 dan 6 Februari di KBS Arena. Semasa konsert itu, Daeyeol mengumumkan bahawa dia akan mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan wajib tidak lama lagi, walaupun tarikh masih belum ditetapkan lagi.[69]
Pada 21 Mac 2022, agensi itu mengumumkan bahawa Lee Dae-yeol akan menyertai tentera pada 29 Mac 2022, menyertai Briged Tentera Ke-3.[70]
Pada 11 Mei, Golden Child akan mengeluarkan single Jepun kedua mereka "Rata-Tat-Tat".[71] Sebagai menyokong comeback Jepun pertama mereka, Golden Child mengadakan showcase dua hari di Tokyo pada 30 April dan 1 Mei 2022, di Amfiteater Maihama.[72] "Rata-Tat-Tat" memulakan debut di nombor tiga di Oricon Daily Singles Chart.[73]
Pada 23 Mei, Tag dimasukkan ke hospital besar pada 18 Mei selepas disahkan menghidap penyakit hati dan menjalani pemeriksaan menyeluruh. Oleh itu, jadual masa hadapan Golden Child akan beroperasi sebagai sistem 8 orang ahli.[74] Pada 27 Jun, keadaan kesihatan Tag bertambah baik dan disahkan akan kembali beraktiviti, namun, dia akan dikecualikan dalam jadual semasa Golden Child di luar negara.[75]
Pada 24 Jun, Golden Child memulakan jelajah konsert AS pertama mereka dengan berhenti di 10 buah bandar.[76]
Pada 10 Julai, Golden Child membuat persembahan dalam Program Konsert SummerStage Central Park City di New York sebagai sebahagian daripada barisan untuk Pusat Kebudayaan Korea Korea Gayoje di NY.[77]
Pada 30 Julai, Golden Child akan membuat persembahan di London sebagai sebahagian daripada barisan di Festival MIK, festival muzik K-pop luar yang pertama di Eropah. Woollim Entertainment juga mengumumkan bahawa Golden Child akan menyertai Weverse untuk berkomunikasi dengan peminat di platform.[78]
Pada 8 Ogos, Golden Child mengeluarkan album mini keenam mereka Aura dengan single utama "Replay".[79]
Golden Child akan menjadi sebahagian daripada barisan untuk "MBC Idol Radio Live in Tokyo" pada 20 Oktober[80] dan pada 21 Oktober, Golden Child akan membuat persembahan di Manila sebagai sebahagian daripada barisan untuk konsert "I-Pop U 22".[81]
Pada 27 Februari 2023, Woollim Entertainment mengumumkan bahawa Y akan menyertai perkhidmatan ketenteraan pada 20 Mac dan juga merancang untuk mengeluarkan single pada pertengahan bulan Mac, sebelum perkhidmatan ketenteraannya.[82] Pada 31 Mac 2023, dilaporkan bahawa Y telah dilantik sebagai ketua pelatih di Pusat Latihan Nonsan, Dia dilantik secara bersama dengan Pelakon Nam Joo-hyuk.[83]
Nama | Perihalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Daeyeol (대열) |
Lee Dae-yeol (이대열 · 李大烈) |
|
Y (와이) |
Choi Sung-yoon (최성윤) |
|
Jangjun (장준) |
Lee Jang-jun (이장준 · 李長埈) |
|
Seungmin (승민) |
Bae Seung-min (배승민 · 裵勝民) |
|
Jaehyun (재현) |
Bong Jae-hyun (봉재현 · 奉宰鉉) |
|
Donghyun (동현) |
Kim Dong-hyun (김동현 · 金東炫) |
|
Joochan (주찬) |
Hong Joo-chan (홍주찬 · 洪周燦) |
|
Nama | Perihalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Jaeseok (재석) |
Park Jae-seok (박재석 · 朴在錫) |
|
Tag (태그) |
Son Young-taek (손영택 · 孫永宅) |
|
Jibeom (지범) |
Kim Ji-beom (김지범 · 金知範) |
|
Bomin (보민) |
Choi Bo-min (최보민 · 崔普閔) |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [84] |
JPN [85] | |||
Re-boot |
Senarai lagu
|
8 | — |
|
Game Changer |
Senarai lagu
|
2 | 30 | |
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [84] | |||
Without You |
Senarai lagu
|
4 |
|
Ddara |
Senarai lagu
|
12 |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [84] |
JPN [91] | |||
Gol-Cha! |
Senarai lagu
|
3 | — | |
Miracle |
Senarai lagu
|
3 | 22 | |
Wish |
Senarai lagu
|
3 | 19 | |
Take a Leap |
Senarai lagu
|
6 | 26 | |
Yes. |
Senarai lagu
|
2 | 42 |
|
Aura |
Senarai lagu
|
7 | — |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [84] | |||
Goldenness |
Senarai lagu
|
6 |
|
Pump It Up |
Senarai lagu
|
2 |
|
Feel Me |
Senarai lagu
|
10 |
|
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | Album | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
KOR | JPN [105] |
US Dig. [106] |
US World [107] | |||||
Circle [108] |
Hot [109] | |||||||
"DamDaDi" (담다디) | 2017 | — | — | — | — | — | — | Gol-Cha! |
"It's U" (너라고) | 2018 | — | — | — | — | — | Miracle | |
"Let Me" | — | — | — | — | — | Goldenness | ||
"Genie" | — | — | — | — | — | Wish | ||
"Spring Again" (그러다 봄) | 2019 | — | — | — | — | — | Single bukan-album | |
"Wannabe" | — | — | — | — | — | Re-boot | ||
"Without You" | 2020 | — | — | — | — | — | Without You | |
"One (Lucid Dream)" | —[upper-alpha 1]} | — | — | — | — | Take a Leap | ||
"Pump It Up" | —[upper-alpha 2] | — | — | — | — | Pump It Up | ||
"Burn It" (안아줄게) | 2021 | 89 | 43 | — | — | — | Yes. | |
"Ra Pam Pam" | —[upper-alpha 3] | — | — | 37 | 2 | Game Changer | ||
"Ddara" | —[upper-alpha 4] | — | — | — | — | Ddara | ||
"Replay" | 2022 | —[upper-alpha 5] | — | — | — | — | Aura | |
"Feel Me" | 2023 | — | — | — | — | — | Feel Me | |
Jepun | ||||||||
"A Woo!!" | 2022 | — | — | 1 | — | — |
|
Single bukan-album |
"Rata-Tat-Tat" | — | — | 7 | — | — |
| ||
"Crayon" | 2023 | — | — | 10 | — | — |
|
Single bukan-album |
"—" menandakan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan di rantau itu. |
Tajuk | Tahun | Ahli | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
Penampilan runut bunyi | |||||
"Love Letter" | 2017 | Semua | 20th Century Boy and Girl OST | ||
"Love Shaker" | 2020 | Y, Seungmin, Joochan | Best Mistake 2 OST | ||
"Come With Me" | Y, Jibeom | Lonely Enough to Love OST | |||
"Love your everything" | 2022 | Jibeom, Joochan | Moonshine OST | ||
Kolaborasi | |||||
"Relay" (이어달리기 ) (bersama Infinite, Kim Sung-kyu, Lovelyz, Rocket Punch, Drippin) |
2020 | Semua | Single bukan-album | ||
"Under the Sky of Suncheon" (순천의 하늘 아래에서 ) (bersama Lovelyz[lower-alpha 1]) |
Tag, Joochan | ||||
Tahun | Tajuk | Pengarah | Ruj. |
---|---|---|---|
2017 | "DamDaDi" | Korlio (August Frogs) |
|
2018 | "It's U" | Sunny Visual | |
"Lady" | |||
"Let Me" | |||
"Genie" | |||
2019 | "Spring Again" | ||
"Wannabe" | Zanybros | ||
2020 | "Without You" | ||
"One (Lucid Dream)" | |||
"Pump It Up" | |||
2021 | "Burn It (안아줄게)" | ||
"Breathe" | |||
"Ra Pam Pam" | |||
"Ddara" | Kim Jak Young (Flexible Pictures) | ||
2022 | "Replay" | Korlio (August Frogs) |
|
2023 | "Feel Me" | Zanybros | |
Jepun | |||
2022 | "A Woo" | Zanybros | |
"Rata Tat Tat" |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2018 | Golden Movie | Filem pendek |
Tahun | Saluran | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | MBC | 20th Century Boy and Girl | Diri sendiri | Kameo |
Tahun | Tajuk | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | 2017 Woollim Pick | Mnet | Rancangan realiti pertama Golden Child |
Ring It! Golden Child! | Naver/V Live | Ditayangkan setiap hari Selasa. dihoskan oleh Kim Shin-young | |
2018 | Youtube, | Gol-Cha's Holiday | |
Youtube, | Gol-Cha's Holiday Season 2 | ||
DATV, KNTV,
Kchan! Hallyu TV |
Let's Go Korea Gangwon-do
INFINITE x Golden Child Battle Tour |
Dae-yeol, Y, Jang-jun
(bersama Sung-yeol dan Sung-jong Infinite ) | |
Naver V Live | Make A Wish | ||
2019 | Kchan! Hallyu TV | Tsukuru Miracle Golcha TV | |
Youtube | Gol-Cha's Holiday Season 3 | ||
2020 | Naver V Live, | 2020 Crazy Petty Reunion
(UHADONG) |
Rancangan realiti pelbagai menunjukkan kehidupan mereka
10 tahun selepas UHAME |
U+ Idol Live, | Idol Workshop Golden Child | ||
2022 | Olleh TV | 2022 Winter Golympics | 7 episod [118] |
Tahun | Saluran | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|---|
2019 | Lululala Story Lab | Crazy Petty Housemate (Uhame) | Diri sendiri | Sitkom Web Pertama Golden Child |
Tahun | Anugerah | Karya dicalonkan | Kategori | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Mnet Asian Music Awards | Golden Child | Best New Male Artist | Tercalon | [119] |
Qoo10 Artist of the Year | Tercalon | ||||
2018 | Fandom School Awards | The Best New Artist | Menang | [120] | |
Korea Culture & Entertainment Awards | K-pop Singer Award | Menang | [121] | ||
MTV Europe Music Awards | Best Korean Act | Tercalon | [122] | ||
Seoul Music Awards | New Artist Award | Tercalon | [123] | ||
Popularity Award | Tercalon | ||||
Hallyu Special Award | Tercalon | ||||
V Live Awards | Global Rookie Top 5 | Menang | [124] | ||
2021 | Asia Artist Awards | Choice Award | Menang | [125][126] | |
Golden Disc Awards | Album Bonsang - Game Changer | Tercalon | [127] | ||
Hanteo Music Awards | Artist Award - Male Group | Tercalon | [128] | ||
WhosFandom Award | Tercalon | ||||
Seoul Music Awards | Main Prize (Bonsang) | Tercalon | [129] | ||
K-wave Special Award | Tercalon | ||||
2022 | K Global Heart Dream Awards | Best Music Video | Menang | [130] | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.