Gisele Bündchen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gisele Caroline Bündchen[1] (sebutan dalam bahasa Portugis: [ʒiˈzɛli ˈbĩtʃẽ], bahasa Jerman: [ˈbʏntçn̩], lahir 20 Julai 1980)[5] ialah seorang model, aktivis alam sekitar, ahli perniagaan, pengarang dan pelakon Brazil.
Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Gisele Bündchen | |
---|---|
Kelahiran | Gisele Caroline Bündchen[1] (1980-07-20) 20 Julai 1980 (umur 43) |
Pekerjaan | Model, Aktivis alam sekitar, Ahli perniagaan, Pelakon |
Tahun aktif | 1997 - kini |
Pasangan | Tom Brady (k. 2009) |
Anak-anak | 2 |
Maklumat pemodelan | |
Ketinggian | 180 cm (5 ka 11 in)[2] |
Warna rambut |
|
Warna mata |
|
Agensi | IMG Models (Seluruh dunia)[3] Model Management (Hamburg)[4] |
Tutup
Sejak tahun 2001, Bündchen telah menjadi salah satu model yang dibayar paling tinggi di dunia.[6] Pada tahun 2007, beliau ialah wanita terkaya ke-16 dalam industri hiburan,[7] dan mendapat tempat teratas dalam senarai model berpendapatan tinggi Forbes pada tahun 2012.[8] Pada tahun 2014, Bündchen telah disenaraikan sebagai Wanita Yang Paling Berkuasa di Dunia ke-89 oleh Forbes.[9]