Mohd Ghazali Mohd Seth
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Sri Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth (4 Februari 1929 – 24 Ogos 2021) merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-7 dari tahun 1982 hingga 1985 dan juga mantan Panglima Tentera Darat dari tahun 1977 hingga 1982.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Yang Berbahagia Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Mohd Ghazali Mohd Seth PGAT PMN PSM PNBS SIMP SPMJ DHMS DA JMN PPC | |
---|---|
Kelahiran | (1929-02-04)4 Februari 1929 Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 24 Ogos 2021(2021-08-24) (umur 92) Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia |
Disemadikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Kesetiaan | ![]() ![]() |
Perkhidmatan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1954–1985 |
Pangkat | ![]() |
Arahan | Panglima Angkatan Tentera (1982–85) Panglima Tentera Darat (1977–82) |
Anugerah | ![]() ![]() |
Pasangan | Puan Sri Norziah Dato' Onn |
Tutup
Ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selama 8 tahun dari tahun 1977 hingga 1985, beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga Yang di-Pertuan Agong iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (keenam), Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (ketujuh) dan akhir sekali Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor (kelapan).