![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2a/Georg_Simon_Ohm3.jpg/640px-Georg_Simon_Ohm3.jpg&w=640&q=50)
Georg Ohm
From Wikipedia, the free encyclopedia
Georg Simon Ohm (bahasa Jerman: [oːm]; 16 Mac 1789 di Erlangen, Jerman – 6 Julai 1854 di Munich) ialah pakar fizik dan ahli matematik Jerman. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun. Beliau menuntut ilmu matematik di Universiti Erlangen dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1811.
Georg Simon Ohm | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | (1789-03-16)16 Mac 1789 |
Meninggal dunia | 6 Julai 1854(1854-07-06) (umur 65) |
Warganegara | Jerman |
Pusat pendidikan | Universiti Erlangen |
Terkenal kerana | Hukum Ohm Hukum Fasa Akustik Ohm Hukum Akustik Ohm |
Anugerah | Pingat Copley (1841) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | fizik (elektrik) |
Institusi | Universiti Munich |
Penasihat kedoktoran | Karl Christian von Langsdorf |
Semasa menjadi guru sekolah, Ohm telah memulakan kajian dengan sel elektrokimia, yang dicipta oleh saintis Itali bernama Alessandro Volta. Dengan menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain. Teori elektrik yang ditemukan oleh Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm yang menyatakan bahawa kebanyakan arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup berkadar terus dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (Persamaan: I=V/R).
Malangnya, penemuannya yang diterbitkanpada tahun 1827 ini diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan beliau terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah menengah. Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nuremberg.