From Wikipedia, the free encyclopedia
Georg Lindemann (8 Mac 1884 – 25 September 1963) adalah seorang Jeneral Jerman semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-18 semasa Penyerangan Kingisepp–Gdov Soviet.
Georg Lindemann | |
---|---|
Kelahiran | Osterburg, Empayar Jerman | 8 Mac 1884
Meninggal dunia | 25 September 1963 79) Freudenstadt, Jerman Barat | (umur
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Tahun perkhidmatan | 1903–45 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Kavalri |
Arahan | Divisyen Ke-36 Infantri Kor L Tentera Darat Ke-18 Kumpulan Tentera Darat Utara |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak |
Hubungan | Ernst Lindemann (sepupu) |
Pada April 1936, Lindemann telah dinaikkan pangkat ke Generalmajor dan diberi memerintah Divisyen Ke-36 Infantri yang mana mengambil bahagian dalam Pencerobohan Perancis. Lindemann telah dinaikkan pangkat ke General der Kavallerie pada November 1940 dan diberi memerintah Kor L. Pada Jun 1941, semasa Operasi Barbarossa, Kor Lindemann adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Utara. Lindemann memimpin kemaraan kor tersebut ke Leningrad. Unitnya buat sementara di tukarkan ke Kumpulan Tentera Darat Tengah semasa Pertempuran Smolensk. Kor Lindemann kemudian ditukarkan semula ke Kumpulan Tentera Darat Utara.
Pada 16 Januari 1942, Lindemann mengambil alih pemerintahan Tentera Darat Ke-18, juga sebahagian dari Kumpulan Tentera Darat Utara. Pada musim panas 1942, beliau telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst. Lindemann memerintah Tentera Darat Ke-18 sepanjang kempen-kempen sekitar Leningrad dan semasa pengunduran Januari 1944 dari Pangkalan Terdepan Oranienbaum ke Narva. Beliau telah dilantik sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara pada 31 Mac 1944. Pada 4 Julai 1944, beliau telah dipecat dan ditukarkan ke Tentera Darat Simpanan. Pada 1 Februari 1945, beliau diberi memerintah seluruh tentera Jerman di Denmark sebagai "Panglima Angkatan Tentera Denmark" (Wehrmachtbefehlshaber Dänemark). Jerman menyerahkalah tanpa syarat di barat laut Jerman, negara Belanda, dan Denmark pada 5 Mei 1945. Lindemann kemudian diberi tugas membubarkan pendudukan Jerman di Denmark sehingga 6 Jun 1945, apabila beliau ditahan di markasnya di Silkeborg. Beliau telah dikurung dalam tahanan Amerika sehingga tahun 1948. Lindemann meninggal dunia pada tahun 1963 di Freudenstadt, Jerman Barat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.