General der Pioniere
From Wikipedia, the free encyclopedia
General der Pioniere (bm: Jeneral Jurutera) adalah pangkat jeneral pasukan cawangan Tentera Darat Jerman dalam Jerman Nazi. Sehingga penghujung Perang Dunia II pada 1945, pangkat jeneral khusus ini merupakan gred tiga bintang (OF-8), setaraf dengan Leftenan Jeneral AS. Pangkat ini telah diperkenalkan pada tahun 1938.
Pangkat-pangkat Jeneral pasukan cawangan Heer pada 1945 adalah:
- Jeneral Artileri
- Jeneral Pasukan Gunung
- Jeneral Infantri
- Jeneral Kavalri
- Jeneral Pasukan Semboyan
- Jeneral Pasukan Panzer (pasukan armor)
- General der Pioniere / Jeneral Jurutera
- Jeneral Kor Perubatan
- Jeneral Kor Veterinar
Pangkat junior Generalleutnant |
(Pangkat pegawai Jerman) |
Pangkat senior Generaloberst |
Pangkat ini setaraf dengan Jeneral pasukan cawangan dalam Deutsche Luftwaffe (bm: Tentera Udara Jerman):
- Luftwaffe
- Jeneral Pasukan Paracut
- Jeneral Artileri Anti-Pesawat
- Jeneral Penerbang
- Jeneral Pasukan Semboyan Udara
- Jeneral Tentera Udara
- Perkhidmatan lain
Pangkat ini juga setaraf dengan pangkat tiga bintang Jerman yang lain:
- Admiral dalam Kriegsmarine, setaraf dengan (Laksamana Madya AS) dan
- SS-Obergruppenführer und General der Waffen-SS dalam Waffen-SS.