![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d2/Sine_and_Cosine.svg/langms-640px-Sine_and_Cosine.svg.png&w=640&q=50)
Gelombang sinus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gelombang sinus atau sinusoid merupakanfungsi matematik yang berbentuk ayunan halus berulang. Fungsi ini sering muncul dalam ilmu matematik, fizik, pemprosesan isyarat, dan teknik elektrik, dan pelbagai jenis bidang lain. Bentuk paling sederhana daripada fungsi ini terhadap waktu )t) adalah:
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d2/Sine_and_Cosine.svg/320px-Sine_and_Cosine.svg.png)
dimana:
- A, amplitud, adalah puncak simpangan fungsi dari kedudukan tengahnya,
- ω, frekuensi sudut, menunjukkan berapa banyak gerak berulang-alik yang terjadi dalam satu unit waktu, dalam radian per saat,
- φ, fasa, menunjukkan dimana posisi awal gerakan ketika t=0,
- Jika fasa tidak bernilai nol, seluruh gelombang akan nampak bergeser mengikut sumbu X (sumbu waktu) sebesar φ/ω saat. Nilai negatif pada fasa menunjukkan henti, sedangkan nilai positif menunjukkan gelombang "berangkat lebih awal".
Gelombang sinus sangat penting dalam bidang fizik kerana gelombang ini mempertahankan bentuknya ketika ditambahkan kepada gelombang sinus berfrekuensi sama yang lain walaupun fasanya berbeza. Gelombang ini merupakan satu-satunya fungsi berkala yang memiliki sifat ini. Sifat ini menjadikan gelombang ini sebahagian penting dalam Analisis Fourier.