gelombang yang kekal dalam kedudukan malar From Wikipedia, the free encyclopedia
Gelombang pegun atau gelombang tegak ialah sejenis gelombang yang mengalami ayunan, tetapi amplitudnya berada dalam kedudukan tetap, yakn gelombang hanya bergerak ke arah atas atau bawah sahaja. Dalam gelombang pegun, titik di mana julat amplitud adalah minimum ialah nod, dan titik julat amplitud maksimum digelar sebagai antinod.
Dengan menganggap gelombang pegun ialah hasil pertembungan dua gelombang melintang yang merambat dalam arah bertentangan dan gelombang tersebut bergerak dalam garisan tanpa hujung (panjang infiniti), persamaan matematik bagi kedua-dua gelombang asal ialah:
dengan yR bergerak ke kanan dan yL bergerak ke kiri berdasarkan sesaran, x dan masa, t. Dalam persamaan-persamaan ini:
Dalam kejadian pertembungan antara dua gelombang tersebut, sesaran gelombang akan menjadi hasil tambah kedua-dua gelombang tersebut, Y = yR + yL,
Dengan mengguna pakai identiti trigonometri , maka, persamaan gelombang pegun adalah seperti di bawah:
Apabila disamakan dengan formula gelombang mengufuk lazim, persamaan amplitud dalam gelombang pegun, yY dapat ditemui.
Dalam satu tali berhujung tetap (titik hujung dimatikan dan tidak bergerak), persamaan gelombang seperti di atas masih digunakan, tetapi kini tertakluk kepada faktor pengehad, iaitu Y = 0 di titik x = 0 dan x = L (hujung maksimum tali):
Dalam persamaan kedua, boleh disimpulkan bahawa Y = 0 apabila . Mengambil contoh gelombang pegun teringkas dengan λ = 2L, dan seterusnya,
dengan n ialah 1, 2, 3, dan seterusnya. Apabila gelombang bergerak pada halaju, v, frekuensi, f ialah
Dalam kes teringkas λ = 2L atau n = 1, frekuensi yang terhasil dipanggil sebagai frekuensi asas atau harmonik pertama manakala kes-kes melibatkan nilai n yang lebih tinggi menghasilkan frekuensi dalam nod atasan atau harmonik kedua dan ke atas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.