Kecelaruan keresahan ialah kluster kecelaruan mental yang dicirikan oleh perasaan keresahan atau kerisauan dan ketakutan yang ketara dan tidak terkawal[2] sehingga fungsi sosial, pekerjaan dan peribadi seseorang terjejas dengan ketara.[2] Keresahan boleh menyebabkan gejala fizikal dan kognitif, seperti kegelisahan, kerengsaan, mudah keletihan, kesukaran menumpukan perhatian, peningkatan kadar denyutan jantung, sakit dada, sakit perut, dan pelbagai gejala lain yang mungkin berbeza-beza berdasarkan individu.[2]

Fakta Segera Pengkhususan, Gejala ...
Kecelaruan keresahan
Thumb
The Scream (Bahasa Norway: Skrik) ialah sebuah seni lukis oleh pelukis Norwayz Edvard Munch[1]
PengkhususanPsikiatri, psikologi klinikal
GejalaKerisauan, kadar denyutan jantung yang laju, menggeletar[2]
KerumitanKemurungan, masalah tidur, kualiti hidup yang teruk, kecelaruan penggunaan bahan, kecelaruan penggunaan alkohol, bunuh diri[3]
Permulaan biasa
15–35 tahun[4]
TempohLebih 6 bulan[2][4]
PuncaGenetik, faktor persekitaran dan psikologi[5]
Penderaan kanak-kanak, sejarah keluarga, kemiskinan[4]
Penilaian psikologi
Hipertiroidisme; penyakit jantung; Penggunaan kafein, alkohol, ganja; penarikan diri daripada ubat-ubatan tertentu[4][6]
RawatanPerubahan gaya hidup, kaunseling, ubat-ubatan[4]
Rawatan perubatan
benzodiazepines, Antidepressants, anxiolytics, beta blockers, Pregabalin[5]
Kekerapan12% setahun[4][7]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Dalam wacana santai, perkataan keresahan dan ketakutan sering digunakan secara bergantian. Dalam penggunaan klinikal, ia mempunyai makna yang berbeza: keresahan ditakrifkan sebagai keadaan emosi yang tidak menyenangkan apabila puncanya sama ada tidak mudah dikenal pasti atau dianggap tidak dapat dikawal atau tidak dapat dielakkan, manakala ketakutan ialah tindak balas emosi dan fisiologi kepada ancaman luaran yang boleh dikenal pasti.[8] Istilah kecelaruan keresahan merujuk kepada beberapa kecelaruan khusus yang merangkumi ketakutan (fobia) atau gejala keresahan.[2]

Terdapat beberapa jenis kecelaruan keresahan, termasuk kecelaruan keresahan menyeluruh, kecelaruan keresahan penyakit, fobia khusus, kecelaruan keresahan sosial, kecelaruan keresahan pemisahan, agorafobia, kecelaruan panik, dan mutisme selektif.[2] Kecelaruan individu boleh didiagnosis menggunakan simptom khusus dan unik, cetusan peristiwa, dan masa.[2] Jika seseorang didiagnosis dengan kecelaruan keresahan, seorang profesional perubatan mesti telah menilai orang itu untuk memastikan keresahan itu tidak boleh dikaitkan dengan penyakit perubatan atau gangguan mental yang lain.[2] Adalah mungkin bagi seseorang individu untuk mengalami lebih daripada satu kecelaruan keresahan semasa hidup mereka atau pada masa yang sama[2] dan kecelaruan keresahan ditandai dengan perjalanan kecelaruan berterusan yang tipikal.[9] Kecelaruan keresahan adalah gangguan mental yang paling biasa dan menjejaskan hampir 30% orang dewasa pada satu ketika dalam hidup mereka. Walau bagaimanapun, kecelaruan keresahan boleh dirawat dan beberapa rawatan berkesan tersedia. Rawatan membantu kebanyakan orang menjalani kehidupan produktif yang normal..[10]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.