From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelas-Petya adalah sebuah kelas frigat ringan yang telah direka pada tahun 1950-an dan dibina untuk Tentera Laut Soviet pada tahun 1960-an. Designasi yang diberikan oleh adalah Storozhevoi Korabl (kapal pengiring) Projek 159.
Frigat kelas-Petya | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Petya (Projek 159) |
Pengguna: |
|
Didahului oleh: | kelas Riga |
Diganti oleh: | kelas Mirka |
Sub-kelas: | Frigat kelas-Arnala |
Disiapkan: | 54 |
Aktif: | 8 |
Dibersarakan: | 46 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigate |
Sesaran: |
|
Panjang: | 81.8 m (268 ka 4 in) |
Lunas: | 9.2 m (30 ka 2 in) |
Draught: | 2.9 m (9 ka 6 in) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: |
|
Anak kapal: | 90 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Kapal ini merupakan kapal pertama dalam Tentera Laut Soviet yang menggunakan turbin gas. Ianya berperanan dalam peperangan anti kapal selam di perairan cetek dan menyamai kelas-Mirka. Spesifikasi (TTZ di Rusia) telah dikeluarkan pada tahun 1955 dan rekabentuknya diluluskan pada tahun 1956. Tatarajah jentera dengan tiga buah aci telah dipilih dengan aci tengah dipacu oleh enjin diesel untuk halaju krus yang lebih ekonomi manakala dua aci lagi dipacu oleh turbin gas untuk kelajuan. Dua buah meriam berkembar 76 mm (3 in) telah dipasang dalam kedudukan "A" dan "Y" di mana ia dikawal oleh sebuah pengarah radar tunggal. Persenjataan anti kapal selam pula terdiri dari empat buah pelancar roket anti kapal selam RBU-6000 dan sebuah pelancar torpedo anti kapal selam 406 mm (16 in). Kapal untuk pasaran eksport digantikan dengan tiub torpedo 406 mm bersama-sama tiub torpedo anti kapal 533 mm (21 in). Sebuah sut sonar komprehensif termasuk VDS juga dipasang.
Sejumlah 54 buah kapal telah dibina di dua buah limbungan kapal iaitu: Limbungan Kaliningrad Yantar membina 22 buah kapal termasuk versi eksport manakala LimbunganKhabarovsk pula membina 32 buah kapal termasuk versi eksport. Kesemua kapal milik Soviet dibersarakan pada tahun 1989-1992 tetapi beberapa buah masih lagi digunakan oleh para pengguna luar negara.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.