![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4a/Francis_Yeoh.jpg/640px-Francis_Yeoh.jpg&w=640&q=50)
Francis Yeoh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping CBE (nama Cina : 楊肅斌; pinyin: Yáng Sùbīn, lahir 23 Ogos 1954) ialah seorang ahli perniagaan Malaysia, dan anak sulung kepada billionair Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (Hons.) di dalam kejuruteraan am dari Universiti Kingston, United Kingdom pada tahun 1978.
Tan Sri (Dr) Francis Yeoh Sock Ping CBE, FICE | |
---|---|
![]() | |
Pengarah Urusan YTL Corporation | |
Memegang jawatan 1988 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1954-08-23) 23 Ogos 1954 (umur 69) Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pasangan | Mendiang Puan Sri Paduka Rosaline Yeoh |
Anak-anak | Ruth Yeoh Jacob Yeoh Joseph Yeoh Joshua Yeoh Rebekah Yeoh |
Alma mater | Kingston University University of Nottingham |
Profesion | Ahli perniagaan |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/1/15/Francis_yeoh.jpg)
Francis mendapat pendidikan menengahnya di Victoria Institution di Kuala Lumpur, Malaysia di mana beliau pernah menjadi Ketua Pelajar. Beliau telah menjadi Pengurus Besar kepada Syarikat YTL Corporation pada tahun 1988. Di bawah kelolaannya, Kumpulan YTL telah membesar daripada satu senarai tunggal pada tahun 1985 kepada satu kuasa yang mengandungi lima syarikat disenaraikan dan beliau menjadi konglomerat terbesar di Malaysia.