From Wikipedia, the free encyclopedia
Fine Gael ([fi-nĕ géil], "Keluarga/Suku Ireland") adalah sebuah parti berfahaman konservatif liberal[6][7] dan demokrasi Kristian[8][9] di Ireland. Fine Gael saat ini memerintah Ireland dan merupakan Parti dengan kerusi terbanyak di Oireachtas dan Parlimen Eropah di Ireland.[10] Parti ini mempunyai anggota sebesar 35.000 orang,[11] dan memerintah melalui gabungan bersama beberapa ahli politik yang bebas. Parti ini dipimpin Leo Varadkar yang juga menjawat sebagai Taoiseach - beliau menggantikan Enda Kenny sebagai pemimpin parti pada 2 Juni 2017 dan sebagai Taoiseach pada 14 Juni; Kenny telah menjadi pemimpin sejak tahun 2002, dan Taoiseach sejak 2011.[12][13][14][15]
Fine Gael | |
---|---|
Fail:Fine Gael logo 2009.svg | |
Pemimpin | Leo Varadkar TD |
Naib Ketua | Simon Coveney TD |
Pengerusi | Martin Heydon TD |
Pemimpin Seanad | Jerry Buttimer |
Presiden | Enda Kenny |
Pengasas | W. T. Cosgrave, Frank MacDermot, Eoin O'Duffy |
Ditubuhkan | 8 September 1933 |
Gabungan | Cumann na nGaedheal, Partai Tengah Nasional, Gardda Nasional |
Ibu pejabat | 51 Upper Mount Street, Dublin 2, D02 W924, Irlandia |
Sayap belia | Young Fine Gael |
Keanggotaan (2017) | 30.000[1] |
Ideologi | Konservatisme liberal[2] Liberalisme[3] Demokrasi Kristian[2] Pro-Eropah[3] |
Kedudukan politik | Kanan tengah[3][4][5] |
Penggabungan Eropah | Parti Rakyat Eropah |
Penggabungan antarabangsa | Centrist Democrat International |
Kumpulan Parlimen Eropah | Partai Rakyat Eropah |
Warna | Biru |
Dáil Éireann | 50 / 158
|
Seanad Éireann | 19 / 60
|
Parlimen Eropah | 4 / 11
|
Pemerintahan daerah | 232 / 949
|
Laman sesawang | |
www.finegael.ie | |
Politik Republik Ireland Parti politik Pilihan raya |
Fine Gael didirikan pada tanggal 8 September 1933[16] setelah parti-parti Cumann na nGaedheal, Parti Tengah Nasional, dan Garda Nasional (dikenal sebagai "Baju Biru", nama ini masih digunakan sebagai nama samaran Parti ini) memutuskan untuk bersatu. Asal mulanya Parti ini bermula dari perjuangan untuk kemerdekaan Ireland dan pihak pro-Perjanjian pada Perang Saudara Ireland. Michael Collins merupakan salah satu pengasas gerakan ini.[17]
Fine Gael umumnya dianggap sebagai berfahaman ekonomi liberal jika dibandingkan dengan saingannya, Fianna Fáil.[18] Namun, selain pada tahun 1987, Fine Gael selalu bergabung dengan parti lain, seperti Parti Buruh yang berfahaman demokrasi sosial dengan spektrum kiri tengah. Fine Gael menyebut dirinya sebagai "parti sentris progresif" yang bertindak "dengan cara yang tepat untuk Ireland, bebas daripada dogma atau ideologi". Nilai-nilai utama pada Parti ini konsisten dalam hal kesempatan, kapitalisme, keselamatan, integriti dan harapan.[19][20] Parti ini giat berpihak dengan Kesatuan Eropah dan menentang perjuangan bersenjata dari gerakan republikan di Ireland. Sayap pemuda parti ini, Young Fine Gael dibentuk pada tahun 1977 dan memiliki sekitar empat ribu anggota.[21] Fine Gael adalah anggota pendiri Parti Rakyat Eropah dan anggota Centrist Democrat International.
Meskipun spektrum politik Ireland secara tradisional terbagi berdasarkan keberpihakan pada Perang Saudara, daripada spektrum kiri–kanan pada umumnya, Fine Gael dianggap sebagai Parti dengan spektrum sentris ke kanan tengah, dengan fokus utama pada "undang-undang dan ketertiban" dan pasar bebas.[22] Sebagai turunan dari puak pro-Perjanjian di Perang Saudara Ireland, Fine Gael memiliki kaitan yang kuat dengan Michael Collins dan warisannya. Ia tetap menjadi simbol bagi parti Fine Gael, dan ulang tahun kematiannya diperingati setiap tahun pada bulan Ogos.[23]
Sejak awal, Fine Gael mencitrakan dirinya sebagai Parti yang menginginkan campur tangan pemerintah dikurangkan dalam bidang ekonomi dan membolehkan dasar-dasar yang menyokong perdagangan. Dalam hal ini, Fine Gael mewarisi pandangan dari puak pro-Perjanjian yang meyakini campur tangan pemerintah yang minimal, cukai dan pengeluaran sosial yang rendah.[24] Beberapa politikus parti yang baru dilantik dalam Dáil menginginkan suatu polisi ekonomi yang liberal. Seperti Leo Varadkar yang mengininkan pendekatan neoliberal untuk mengatasi masalah ekonomi dan pengangguran di Ireland.[25] Varadkar merupakan pendukung usaha kecil dan menengah dan menganjurkan bahawa syarikat-syarikat kecil harus mendapatkan manfaat dari program kapitalisasi semula pemerintah.[26]
Usulan Fine Gael terkadang dikritik oleh sebagian kelompok politik di Ireland, dan oleh beberapa kesatuan perdagangan, yang mengatakan bahawa rancangan penyelesaian yang ditawarkan Fine Gael lebih lebih menguntungkan perusahaan daripada pekerja. Salah satu kesatuan buruh menyatakan akan menentang polisi Taoiseach Enda Kenny dalam menangani krisis ekonomi yang melanda di Ireland, yakni perjanjian upah nasional harus ditunda. Namun, dasar tersebut membuat sokongan Fine Gael meningkat dalam soal selidik pendapat pada tahun 2008.[27]
Fine Gael dipandang sebagai Parti yang berpegang kepada perlembagaan, dengan anggota dan perwakilan masyarakat selalu menunjukkan rasa hormat kepada lembaga negara di Ireland. Pimpinan Parti ini sering turut serta dalam perdebatan mengenai reformasi politik di Ireland. Anggota Parlimen dari Fine Gael Phil Hogan, yang sekarang menjadi ahli Jawatankuasa Eropah, menyampaikan usulan Parti untuk reformasi politik dan perlembagaan. Dalam dokumen polisi berjudul New Politics, Hogan menyarankan untuk membuat negara dengan "sistem politik yang lebih kecil, lebih dinamik, dan lebih responsif", jumlah anggota Parlimen harus dikurangkan sebanyak 20 kerusi, peraturan pada Dail peru diubah, dan yang cukup kontroversial, Senat Ireland dihapuskan.[28]
Fine Gael umumnya dipandang konservatif dari segi pengurusan sosial pada sebahagian abad ke-20 kerana pengaruh agama Kristian masih kuat di masyarakat Ireland pada waktu itu. Anggota-anggotanya yang banyak dipengaruhi oleh gagasan demokrasi Kristian, liberalisme, dan demokrasi sosial pada isu-isu polisi sosial. Di bawah Garett FitzGerald, Parti ini menjadi lebih liberal untuk menarik suara rakyat yang lebih meluas. Usulan untuk memperbolehkan perceraian diajukan pemerintahan Fine Gael, yakni pada tahun 1986 di bawah FitzGerald,[29] dan pada tahun 1995 di bawah John Bruton.[30]
Fine Gael menyokong adanya ikatan yang sah secara undang-undang pada pasangan sama jenis sejak tahun 2003. Pada tahun 2013, pemimpin Parti dan Taoiseach Enda Kenny mengumumkan dukungannya terhadap perkahwinan sama jenis. Pemerintahan Fine Gael memutuskan referendum pada 22 Mei 2015. Hasil referendum tersebut menyatakan bahwa warga mendukung hak untuk berkahwin bagi pasangan sama jenis dengan 62.1% undian menyokong manakala 37.9% undian menentang.
Sistem perkhidmatan kesihatan di Ireland dipandang buruk jika dibandingkan dengan negara-negara lain di Eropah, dengan menempati peringkat ke-25 menurut Euro Health Consumer Index pada tahun 2006.[31] Fine Gael ingin Ireland untuk mengubah sistem asuransi kesihatan swasta dan mengubah perkhidmatan kesihatan publik dengan menerapkan reformasi terhadap sistem kesihatan tersebut. Berbicara dalam kempen, jurucakap Fine Gael dalam bidang kesihatan, James Reilly menyatakan "Selama 10 tahun terakhir, perkihdmatan kesihatan menjadi tidak terurus. Kami memiliki lebih dari 350 orang pada perkihdmatan A&E, waktu tunggu yang lamanya sampai berbulan-bulan, pasien rawat jalan yang harun menunggu selama bertahun-tahun dan operasi yang dibatalkan di seluruh penjuru negeri..."[32]
Fine Gael melancarkan kempen dan situs web FairCare di bulan April 2009, yang menyatakan bahwa perkihdmatan kesihatan akan menjalani pembaharuan semula dari yang sebelumnya yang mahal dan tidak efektif agar menjadi sebuah sistem yang diatur dengan insuransi kesihatan sejagat akan menggantikan sistem sedia ada.[33]
Saat ini, Parti ini mempunyai kepincangan dalaman dalam kalangan anggotanya mengenai pengeluaran Pemindaan Perlembagaan Kelapan yang menyatakan bahwa janin yang belum lahir mempunyai hak untuk hidup sehingga pengguguran tidak boleh dilakukan kecuali dalam situasi mendesak.[34] Kenny berjanji bahwa angota Oireachtas dari Partinya akan mengadakan pemungutan suara pada masalah itu.[35] Pemimpin saat ini Leo Varadkar mendukung adanya referendum untuk membatalkan Pemindaan ini, dan beberapa anggota Parlimen dari Fine Gael menyokong hak ibu untuk melakukan pengguguran.
Fine Gael adalah salah satu Parti yang paling mendokong integrasi Eropah di Ireland kerana sokongan terhadap Perlembagaan Eropah,[36] Perjanjian Lisbon, serta mengusahakan penglibatan Ireland dalam kegiatan pertahanan bersama Eropah.[37] Di bawah kepemimpinan Enda Kenny, Parti ini mempertanyakan kedudukan Ireland yang berkecuali dengan menyatakan bahawa "sebenarnya, Ireland tidak neutral. Kami hanya tidak bergabung dengan blok." Sayap pemuda parti ini, Young Fine Gael, mengesahkan sebuah usul pada tahun 2016 menyerukan pemerintah untuk mengajukan permohonan keanggotaan NATO.
Tahun | Jumlah kerusi dimenangi | ± | Kedudukan | Undian
pilihan pertama |
% | Keputusan | Ketua |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1937 | 48 / 138 |
▼11[38] | ▬ke-2 | 461,171 | 34.8% | Pembangkang | W. T. Cosgrave |
1938 | 45 / 138 |
▼3 | ▬ke-2 | 428,633 | 33.3% | Pembangkang | W. T. Cosgrave |
1943 | 32 / 138 |
▼12 | ▬ke-2 | 307,490 | 23.1% | Pembangkang | W. T. Cosgrave |
1944 | 30 / 138 |
▼2 | ▬ke-2 | 249,329 | 20.5% | Pembangkang | Richard Mulcahy |
1948 | 31 / 147 |
▲1 | ▬ke-2 | 262,393 | 19.8% | Pemerintah gabungan (FG-LP-CnP-CnT-NLP) | Richard Mulcahy |
1951 | 40 / 147 |
▲9 | ▬ke-2 | 349,922 | 27.2% | Pembangkang | Richard Mulcahy |
1954 | 50 / 147 |
▲10 | ▬ke-2 | 427,031 | 32.0% | Pemerintah gabungan (FG-LP-CnT) | Richard Mulcahy |
1957 | 40 / 147 |
▼10 | ▬ke-2 | 326,699 | 26.6% | Pembangkang | Richard Mulcahy |
1961 | 47 / 144 |
▲7 | ▬ke-2 | 374,099 | 32.0% | Pembangkang | James Dillon |
1965 | 47 / 144 |
▬ | ▬ke-2 | 427,081 | 34.1% | Pembangkang | James Dillon |
1969 | 50 / 144 |
▲3 | ▬ke-2 | 449,749 | 34.1% | Pembangkang | Liam Cosgrave |
1973 | 54 / 144 |
▲4 | ▬ke-2 | 473,781 | 35.1% | Pemerintah gabungan (FG-LP) | Liam Cosgrave |
1977 | 43 / 148 |
▼11 | ▬ke-2 | 488,767 | 30.5% | Pembangkang | Liam Cosgrave |
1981 | 65 / 166 |
▲22 | ▬ke-2 | 626,376 | 36.5% | Pemerintah gabungan (FG-LP) | Garret FitzGerald |
1982 (Feb) | 63 / 166 |
▼2 | ▬ke-2 | 621,088 | 37.3% | Pembangkang | Garret FitzGerald |
1982 (Nov) | 70 / 166 |
▲7 | ▬ke-2 | 662,284 | 39.2% | Pemerintah gabungan (FG-LP) | Garret FitzGerald |
1987 | 51 / 166 |
▼19 | ▬ke-2 | 481,127 | 27.1% | Pembangkang | Garret FitzGerald |
1989 | 55 / 166 |
▲4 | ▬ke-2 | 485,307 | 29.3% | Pembangkang | Alan Dukes |
1992 | 45 / 166 |
▼10 | ▬ke-2 | 422,106 | 24.5% | Pembangkang | John Bruton |
Pemerintah gabungan (FG-LP-DL) (daripada Disember 1994) | |||||||
1997 | 54 / 166 |
▲9 | ▬ke-2 | 499,936 | 27.9% | Pembangkang | John Bruton |
2002 | 31 / 166 |
▼23 | ▬ke-2 | 417,619 | 22.5% | Pembangkang | Michael Noonan |
2007 | 51 / 166 |
▲20 | ▬ke-2 | 564,428 | 27.3% | Pembangkang | Enda Kenny |
2011 | 76 / 166 |
▲25 | ▲Pertama | 801,628 | 36.1% | Pemerintah gabungan (FG-LP) | Enda Kenny |
2016 | 50 / 158 |
▼26 | ▬1Pertama | 544,410 | 25.5% | Pemerintah minoriti (disokong Fianna Fáil) | Enda Kenny |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.