From Wikipedia, the free encyclopedia
Filipe Luís Kasmirski, atau dikenali sebagai Filipe Luís (lahir 9 Ogos 1985) merupakan pemain bola sepak Brazil yang bermain di kelab Flamengo. Beliau bermain di posisi bek kiri.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Filipe Luís Kasmirski | ||
Tarikh lahir | 9 Ogos 1985 | ||
Tempat lahir | Jaraguá do Sul, Brazil | ||
Ketinggian | 1.82 m (6 ka 0 in)[1] | ||
Posisi permainan | Bek kiri | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Flamengo | ||
Nombor | 16 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–2003 | Figueirense | ||
2004–2005 | → Ajax (pinjaman) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2004 | Figueirense | 24 | (1) |
2004–2005 | Ajax | 0 | (0) |
2005–2008 | Rentistas | 0 | (0) |
2005–2006 | → Real Madrid B (pinjam) | 37 | (0) |
2006–2008 | → Deportivo La Coruña (pinjam) | 52 | (1) |
2008–2010 | Deportivo La Coruña | 59 | (5) |
2010–2014 | Atlético Madrid | 127 | (2) |
2014–2015 | Chelsea | 15 | (0) |
2015–2019 | Atlético Madrid | 113 | (7) |
2019– | Flamengo | 4 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004–2005 | Brazil B20 | 16 | (2) |
2009– | Brazil | 44 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 September 2019 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Jun 2019 |
Filipe Luís bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sejak 2009 dan merupakan sebahagian skuad Brazil yang memenangi Piala Konfederasi FIFA 2013 yang dianjurkan kampung halamannya, Brazil.
Filipe Luís telah dilahirkan di Jaraguá do Sul, Santa Catarina. Beliau berpindah ke Ajax dari kelab Figueirense Futebol Clube pada tahun 2004 untuk merasai permainan bola sepak. Beliau bermain satu musim penuh di sana. Di sana, beliau berpeluang untuk berlatih bersama Rafael van der Vaart dan Zlatan Ibrahimović.[2]
Pada Ogos 2005, Filipe Luís telah ditandatangani oleh kelab Sepanyol, Real Madrid untuk kontrak lima tahun.[3] Tetapi beliau berpindah ke kelab Real Madrid B yang bermain di Segunda División.
Pada Ogos 2006, Filipe Luís menandatangani bersama kelab Deportivo de La Coruña dengan bayaran sebanyak €2.2 juta.[4] Beliau tidak banyak peluang untuk bermain dalam musim pertamanya. Dalam musim 2007–08, selepas Joan Capdevila berpindah ke Villarreal CF, beliau menjadi pemain pilihan pertama untuk menjadi bek kiri.
Pada 10 Jun 2008, Filipe Luís menandatangani kontrak lima tahun.[5] Ketika musim debutnya sebagai pemain Depor, beliau bermain sebanyak 38 perlawanan dengan menjaringkan dua gol.
Pada 23 Januari 2010, selepas perlawanan pembukaan menentang Athletic Bilbao (Deportive menang 3–1), Filipe Luís mengalami kecederaan di bahagian fibula kananya selepas berlanggar dengan penjaga gol, Gorka Iraizoz yang terlanggar kaki kanannya. Beliau telah bermain semua perlawanan dan setiap minit ketika kempen 2009-10 dan Deportivo naik ke tangga keempat liga.[6] Beliau kembali semula selepas berehat selama empat bulan, beliau masuk ke padang ketika separuh masa kedua selepas Deportivo menang 1-0 ke atas RCD Mallorca.
Pada 23 Julai 2010, Filipe Luís menandatangani kontrak lima tahun bersama Atlético Madrid dalam pembayaran tertutup,[7][8] dengan bayaran sehingga €12[9] atau 13.5 juta.[10] Debut rasminya bersama Atletico pada 26 September ketika menentang Real Zaragoza, beliau memasuki padang dengan menggantikan Diego Costa, dalam perlawanan tiu juga, beliau menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.[11]
Pada 10 April 2011, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Atlético dalam perlawanan menentang Real Sociedad, 3-0.[12] Pada 17 Januari 2013, Filipe Luís menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan Copa del Rey ke atas Real Betis, 2-0.[13] Beliau juga bermain sepenuhnya dalam perlawanan akhir menentang Real Madrid, di mana keputusannya Atletico menang 2-1.[14]
Filipe Luís membuat pemunculannya di Liga Juara-Juara UEFA ketika musim 2013–14 dengan menjaringkan satu gol menentang kelab Austria, FK Austria Wien dengan kepuusan 4-0 dalam kumpulan G.[15] Ketika kempen liga, beliau telah menjadi sebahagian dari skuad Atlético memenangi gelaran La Liga buat pertama kali dalam masa 18 tahun[16] dan beliau juga memasuki perlawanan akhir Liga Juara-Juara tetapi diturunkan pada minit ke-83 selepas Toby Alderweireld menggantikan Luis, Atletico tewas 4-1 di Lisbon.[17]
Dalam musim terakhirnya, Filipe Luís dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik di La Liga bersama rakan sepasukan Miranda dan pemain Real Madrid, Sergio Ramos.[18]
Pada 16 Julai 2014, Chelsea dan Atlético Madrid bersetuju untuk membida Filipe Luí dengan harga £15.8 juta dalam terma yang ditetapkan.[19][20][21] Beliau menandatangani kontrak selama tiga tahun pada 18 Julai 2014.[22] Beliau berkata: "Inilah seperti mimpi menjadi realiti bagi saya. Kini saya mempunyai peluang untuk bermain bersama Chelsea dan juga di Liga Perdana. Saya berasa gembira dan saya akan melangkah ke hadapan dan akan memberikan aksi terbaik saya untuk pasukan ini dalam musim akan datang".[23]
Filipe Luís membuat debutnya bersama Chelsea dalam perlawanan pra-musim menentang Wolfsberger AC pada 23 Julai 2014.[24] Nombor jersinya adalah 3 untuk menggantikan Ashley Cole yang telah berpindah ke AS Roma sebelum ketibaan Filipe Luís.[25] Dalam perlawanan liga pertama Chelsea, Filipe Luis dimasukkan selepas menggantikan César Azpilicueta yang bermain di bek kiri ketika menentang Burnley.[26] Kini beliau menjadi pilihan kedua di bek di belakang Azpilicueta sama seperti situasi pemain penjaga gol Petr Čech terpaksa duduk di bangku simpanan selepas Thibaut Courtois menjadi pilihan pertama penjaga gol.[27]
Filipe Luís membuat debut liganya bersama Chelsea dalam bermain 7 mint terakhir ketika menentang Everton, 6-3 pada 30 Ogos.[28] Filipe Luís membuat pemunculan pertama di liganya dalam minggu keenam pada 18 Oktober dengan menggantikan Azpilicueta pada separuh masa pertama ketika menentang Crystal Palace, Chelsea menang 2–1.[29] Selepas Azpilicueta digantung perlawanan, Filipe Luis memulakan perlawanan Liga Perdana buat pertama kali lapan hari kemudian, seri 1-1 ke atas Manchester United.[30]
Datuknya merupakan seorang imigran dari Poland ketika Perang Dunia Kedua,[31] Filipe Luís sebernanya layak bermain untuk Poland.[32] Tetapi pada 7 Ogos 2009, beliau telah dipanggil oleh skuad Brazil buat pertama kali untuk menggantikan Marcelo yang tercedera untuk perlawanan persahabatan menentang Estonia, tetapi beliau hanya duduk di bangku simpanan.
Filipe Luís membuat debut untuk pasukan Seleção dalam kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Venezuela pada 15 Oktober 2009.[33] Beliau juga terpilih dalam skuad Brazil yang memenangi Piala Konfederasi FIFA 2013 di tanah airnya sendiri,[34] walaupun beliau tidak memasuki padang untuk bermain sepanjang kejohanan. Namun, beliau tidak terpilih untuk memasuki kejohanan Piala Dunia FIFA 2014.[35]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | Pmncln | Gol | ||
Figueirense | 2003 | 7 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7 | 1 |
2004 | 17 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 17 | 0 | |
Ajax | 2004–05 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Real Madrid Castilla | 2005–06 | 37 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 37 | 0 |
Deportivo | 2006–07 | 19 | 0 | 7 | 1 | 0 | 0 | 26 | 1 |
2007–08 | 33 | 1 | 2 | 0 | 0 | 0 | 35 | 1 | |
2008–09 | 38 | 2 | 2 | 0 | 10 | 0 | 50 | 2 | |
2009–10 | 21 | 3 | 3 | 1 | 0 | 0 | 24 | 4 | |
Atlético Madrid | 2010–11 | 27 | 1 | 6 | 0 | 3 | 0 | 36 | 1 |
2011–12 | 36 | 0 | 1 | 0 | 16 | 0 | 53 | 0 | |
2012–13 | 32 | 1 | 6 | 2 | 4 | 0 | 42 | 3 | |
2013–14 | 32 | 0 | 7 | 0 | 10 | 1 | 49 | 1 | |
Chelsea | 2014–15 | 6 | 0 | 2 | 0 | 4 | 0 | 12 | 0 |
Jumlah | 300 | 9 | 35 | 4 | 46 | 1 | 387 | 14 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.