Kelab Bola sepak Felda Bersatu atau KB Felda Bersatu adalah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Jengka, Pahang. Dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Pasukan ini beraksi di liga utama bola sepak Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Selepas merangkul kejuaraan Liga Premier Malaysia 2018, pasukan ini layak dipromosikan ke Liga Super. Dikenali dengan jolokan The Fighters di kalangan peminat, Felda United telah mengambil bahagian dalam liga bola sepak Malaysia sejak tahun 2007.

Fakta Segera Nama penuh, Gelaran ...
Felda Bersatu
Nama penuhKelab Bola sepak Felda Bersatu
Gelaran(The Fighters)
Nama pendekKBFB
Diasaskan19 January 2007; 17 tahun yang lalu (19 January 2007)
StadiumStadium Tun Abdul Razak,
Jengka, Pahang
(Kapasiti: 25,000)
PemilikFelda
PresidenKosong
PengurusMalaysia Jamaludin Ahmad
JurulatihMalaysia Mohd Nidzam Jamil
LigaLiga Super Malaysia
2019ke-10
Tapak sesawangLaman kelab
Thumb
Thumb
Thumb
Warna tuan rumah
Thumb
Thumb
Thumb
Warna tempat lawan
Thumb
Thumb
Thumb
Warna ketiga
Tutup

Sejarah

Kelab Bola sepak Felda Bersatu ditubuhkan pada 19 Januari 2007 untuk menyertai Liga Bola Sepak Malaysia bermula dengan Piala FAM 2007. Penubuhan dan pembangunan pasukan ini dimulakan oleh Felda. Pengenalan pasukan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Najib Razak pada 19 Januari 2007. Oleh kerana sukan bola sepak merupakan sukan utama di Malaysia dengan sejumlah besar penyokong, Felda memutuskan untuk melangkah lebih jauh ke industri bola sepak kerana mempunyai infrastruktur dan kemudahan cukup. Kelab ini memulakan perjalanan mereka dengan membuat debut di Liga Bola Sepak Malaysia dengan bermain di liga bahagian peringkat ketiga, Piala FAM Malaysia. Sekarang, kelab ini mendapat perhatian para penyokong terutamanya generasi Felda. Felda Bersatu dikenali dengan nama Budak Felda. Para penyokong pasukan ini menggunakan sorakan Serang Bang Serang setiap kali perlawanan Felda Bersatu berlangsung.

Stadium

Thumb
Stadium Tun Abdul Razak

Stadium utama Felda United adalah Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang. Pasukan ini secara rasmi mula bermain di stadium ini pada tahun 2016 hingga kini. Stadium ini selesai pembinaannya pada akhir 2015.

Dalam penglibatan awal mereka di Liga Bola Sepak Malaysia, pasukan ini pernah beraksi di Stadium Petronas di Bangi, Selangor dan juga telah bermain beberapa perlawanan di Stadium Mindef di Kuala Lumpur apabila Stadium Petronas tidak digunakan. Mereka juga bermain di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Selayang di Selangor, Stadium Hang Jebat di Melaka dan Stadium KLFA di Kuala Lumpur, sebelum berpindah ke Stadium Tun Abdul Razak untuk musim 2016 dan seterusnya.

Penajaan

Maklumat lanjut Tahun, Pengeluar Kit ...
Tahun Pengeluar Kit Penaja Utama Lain-lain Penaja
2007 Dikeluarkan oleh kelab - -
2007/08 Adidas Celcom
2009 Kappa Streamyx Power Root, Felda D'Saji
2010 TM, Felda Prodata Systems
2011 Felda Prodata Systems Felda D'Saji
2012 Felda Prodata Systems, Felda D'Saji Felda Sawari
2013 Umbro FGV Felda Prodata Systems
2014 Puma Felda Koperasi Permodalan Felda Berhad, FGV
2015 Koperasi Permodalan Felda Berhad
2016 FBT -
2017 -
2018 Felda, Tenera Hotel Felda Prodata Systems, Felda D'Saji, D'Mart, AirAsia, Animasia, ATF Sport Taping
2019 Felda, Ironco, Grand Borneo
2020 Felda, TMCB -
Tutup

Pemain

Skuad Utama

Sehingga 14 Februari 2020

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Maklumat lanjut No., Pos. ...
Tutup

Kelab Feeder

Felda United FC mempunyai kelab feeder nya tersendiri iaitu kelab Young Fighters FC. Dimana pasukan ini beraksi di divisyen 3 liga bola sepak Malaysia, Liga M3 Malaysia. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan turut dibiayai oleh syarikat FELDA.

Pencapaian

Domestik

Maklumat lanjut Kejohanan, Juara ...
Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Liga Super 2016
Divisyen 2/Liga Premier 2010, 2018 2014
Piala FA Malaysia 2014
Tutup

Rekod

Domestik

Maklumat lanjut Tahun, Liga ...
Tahun Liga Piala
Divisyen Posisi Piala FA Piala Malaysia Piala AFC
2007 Piala FAM Malaysia Ke-3 - - -
2007-08 Liga Premier Malaysia 6/13 Suku-akhir - -
2009 Liga Premier Malaysia 6/13 Pusingan ke-2 - -
2010 Liga Premier Malaysia Juara Pusingan ke-3 Peringkat Kumpulan -
2011 Liga Super Malaysia 11/14 Suku-akhir Suku-akhir -
2012 Liga Super Malaysia 10/14 Pusingan Awal Suku-akhir -
2013 Liga Super Malaysia 11/12 Pusingan Awal Peringkat Kumpulan -
2014 Liga Premier Malaysia Naib-juara Naib-juara Separuh-akhir -
2015 Liga Super Malaysia 5/12 Pusingan ke-2 Separuh-akhir -
2016 Liga Super Malaysia Naib-juara Pusingan ke-3 Suku-akhir -
2017 Liga Super Malaysia 3/12 Pusingan ke-2 Separuh-akhir Peringkat Kumpulan
2018 Liga Premier Malaysia Juara Suku-akhir Suku-akhir -
2019 Liga Super Malaysia 10/12 Separuh-akhir Peringkat Kumpulan -
2020 Liga Super Malaysia -
Tutup

Asia

  • Piala AFC: 1 Penampilan
    • 2017: Peringkat Kumpulan

Struktur organisasi

Pegawai-pegawai senior

  • Penasihat:
  • Presiden: Kosong
  • Timbalan Presiden: Malaysia Datuk Mohd Isa Abu Kasim
  • Naib Presiden 1: Kosong
  • Naib Presiden 2: Malaysia Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman
  • Setiausaha Agung: Malaysia Zulkarnain Muhammad
  • Bendahari: Malaysia Shahrin Mohd Ali

Pegawai pasukan

  • Pengurus Pasukan: Malaysia Jamaludin Ahmad
  • Penolong Pengurus Pasukan: Malaysia Mohd Norhafizi Abdul Rahim
  • Koordinator: Malaysia Mohamad Faizal Taha
  • Ketua Jurulatih: Malaysia Mohd Nidzam Jamil
  • Penolong Ketua Jurulatih :
  • Jurulatih 1: Malaysia Mohd Zahid Hashim
  • Jurulatih 2: Malaysia Mohd Khairul Ismail
  • Jurulatih Penjaga Gol: Malaysia Azlisham Ibrahim
  • Jurulatih Kecergasan: Malaysia Ahmad Radzi Salleh Raibi
  • Ketua Fisioterapi: Malaysia Fikri Yusri
  • Ahli Fisioterapi: Malaysia Shukri Arifin

Pengurus

Maklumat lanjut Tahun, Nama ...
Tahun Nama
2007 - 2012 Malaysia Faisal Zakariah
2013 Malaysia K. Devan
2014 - 2016 Malaysia Jamaludin Ahmad
2016 Malaysia Zulkarnain Mohamad
2017 - Malaysia Jamaludin Ahmad
Tutup

Jurulatih

Maklumat lanjut Tahun, Nama ...
Tahun Nama Kejuaraan
2007 - 2009 Malaysia Reduan Abdullah
2009 Malaysia Ahmad Fairuz Mohd Yunus (sementara)
2009 - 2012 Malaysia E. Elavarasan Liga Premier Malaysia 2010
2013 Malaysia K. Devan
2014 - 2016 Malaysia Irfan Bakti Abu Salim Liga Premier Malaysia 2014
Piala FA Malaysia 2014
Liga Super Malaysia 2016
2016 Malaysia Mohamad Nik (sementara)
2016 - 2017 Malaysia Azmi Mohamed
2017 Malaysia Mohamad Nik (sementara)
2017 - 2018 Malaysia B. Sathianathan Liga Premier Malaysia 2018
2019 - Malaysia Mohd Nidzam Jamil
Tutup

Persatuan yang Menyelia

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.