Presiden Republik Afrika Tengah From Wikipedia, the free encyclopedia
Faustin-Archange Touadéra (Bahasa Perancis: [fostɛ̃ aʁkɑ̃ʒ twadeʁa]; lahir 21 April 1957) ialah ahli politik dan akademik Republik Afrika Tengah selaku Presiden negara tersebut sejak Mac 2016.
Faustin-Archange Touadéra | |
---|---|
Presiden Republik Afrika Tengah | |
Menyandang jawatan 30 Mac 2016 | |
Perdana Menteri | Simplice Sarandji (2016–2019) Firmin Ngrébada (2019–kini) |
Didahului oleh | Catherine Samba-Panza |
Perdana Menteri Republik Afrika Tengah | |
Dalam jawatan 22 Januari 2008 – 17 Januari 2013 | |
Presiden | François Bozizé |
Didahului oleh | Élie Doté |
Digantikan oleh | Nicolas Tiangaye |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bangui, Ubangi-Shari (kini Republik Afrika Tengah) | 21 April 1957
Parti politik | Gerakan Persatuan Hati (2019–kini) |
Gabungan politik lain | Kwa na Kwa (sebelum 2015) Bebas (2015–2019) |
Pasangan | Brigitte Touadéra Tina Touadéra |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Bangui Universitas Cocody Universiti Lille Universiti Yaoundé I |
Laman web | Laman sesawang rasmi |
Beliau sebelum ini merupakan Perdana Menteri dari Januari 2008 hingga Januari 2013. Pada pilihan raya presiden Disember 2015 - Februari 2016, beliau terpilih sebagai Presiden pada pusingan kedua pengundian menentang bekas Perdana Menteri Anicet Georges Dologuelé. Beliau dipilih semula untuk penggal kedua pada 27 Disember 2020.
Touadéra lahir di Bangui;[1] ayahnya seorang pemandu manakala ibunya seorang petani.[2] Keluarganya berasal dari Damara, di utara Bangui.[3]
Beliau menerima pendidikan keduanya di Barthelemy Boganda College di Bangui sebelum memasuki Universiti Bangui dan Universiti Abidjan. Beliau memperoleh PhD dalam matematik tulen di Universiti Ilmu Pengetahuan dan Teknologi Lille (Lille I) di Perancis dan PhD lainnya, juga dalam matematik tulen, di Universiti Yaoundé I Cameroon tahun 2004.
Pada 1987 beliau menjadi pembantu pensyarah matematik di Universiti Bangui dan Naib Presiden fakulti sains Universiti tersebut dari 1989 hingga 1992.
Pada tahun berikutnya beliau menjadi pengarah perguruan tinggi dalam latihan guru. Beliau menyertai Jawatankuasa Antarabangsa untuk Piawaian Program Matematik Negara Berbahasa Perancis dan Lautan Hindi (CIEHPM) tahun 1999, beliau dilantik sebagai Presiden sejak 2001 hingga 2003. Beliau menjadi Naib Canselor Universiti Bangui pada Mei 2004.[2]
Touadéra dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden François Bozizé pada 22 Januari 2008, setelah peletakan jawatan Élie Doté.[4] Pemerintahannya, terdiri dari 29 ahli—empat menteri negara, 17 menteri, dan tujuh menteri delegasi, bersama dirinya dilantik pada 28 Januari.[5]
Sebuah dialog kebangsaan diadakan pada Disember 2008, dan Presiden Bozizé kemudian membubarkan pemerintah Touadéra pada 18 Januari 2009 dalam persiapan untuk pembentukan pemerintah kesatuan kebangsaan.[6] Touadéra dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 19 Januari. Kemudian pada hari yang sama, 31 menteri pemerintahan barunya diangkat, dengan hanya 10 menteri yang dipertahankan, ramai bekas pemimpin pemberontak dimasukkan dalam senarai baru untuk mempersiapkan negara dalam rangka pilihan raya tempatan pada 2009 dan pilihan raya Presiden dan parlimen2010.[7]
Setelah kesepakatan damai antara pemerintah Bozizé dan gabungan pemberontak Seleka pada Januari 2013, Bozizé memberhentikan Touadéra pada 12 Januari 2013 sesuai dengan ketentuan perjanjian, Perdana Menteri baru diangkat dari kubu politik pembangkang.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.