![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d0/FIFA_series_logo_%25282020-2023%2529.svg/langms-640px-FIFA_series_logo_%25282020-2023%2529.svg.png&w=640&q=50)
FIFA (siri permainan video)
From Wikipedia, the free encyclopedia
FIFA (dikenali juga sebagai FIFA Football atau FIFA Soccer) ialah siri permainan video bola sepak yang diterbitkan oleh syarikat Electronic Arts di bawah label EA Sports
![]() | |
---|---|
Genre | Sukan, Simulasi |
Pembangun | EA Sports |
Penerbit | Electronic Arts |
Platform | Amiga, DOS, N-gage, Sega 32X, Sega CD, Master System, Game Gear, Sega Mega Drive/Genesis, Sega Saturn, Gizmondo, PlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation Portable, PlayStation Vita, SNES, Nintendo 64, Nintendo DS, Nintendo 3DS, Nintendo 3DS XL, Wii, Wii U, Game Boy, Game Boy Color, Game Boy Advance, 3DO, Microsoft Windows, iOS, Mobile Phone, Android, Xbox 360, Xbox 360 Kinect, Xbox, Xbox One, BlackBerry OS, Java ME, Gamecube, Mac OS X, Windows Phone, Nokia N-Gage |
Keluaran asal | 1993–kini |
Keluaran pertama | FIFA International Soccer 15 Julai 1993 |
Keluaran terkini | "FIFA 22" 19 September 2021 |
FIFA Soccer pertama dikeluarkan pada 15 Julai 1993 dengan judul permainan FIFA International Soccer. FIFA Soccer ialah permainan video bola sepak pertama untuk mendapatkan lesen langsung daripada organisasi FIFA, sebuah institusi bola sepak antarabangsa. Siri FIFA terkini menampilkan pelbagai liga dari seluruh dunia dari Bundesliga Jerman, Liga Perdana Inggeris dan Football League, Serie A Itali, La Liga Sepanyol, Liga Primer Portugal, Ligue 1 Perancis, Eredivisie Belanda, Campeonato Brasileiro Série A, Liga MX Mexico, American Major League Soccer, South Korean K-League, J-League, Liga Super Malaysia dan Australian A-League.
Setakat FIFA 18, wajah hadapan francais ini ialah Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid. Dari FIFA 13 hingga FIFA 17, kulit depan permainan ini menggunakan wajah Lionel Messi sebagai wajah francais ini yang menggantikan Wayne Rooney yang sudah 7 kali berturut-turut muncul di kulit depan. FIFA 12 memegang rekod sebagai permainan video sukan dengan jualan terpantas dengan 3.2 juta salinan terjual pada minggu pertama. FIFA 18 yang diterbitkan pada 29 September 2017 merupakan keluaran terbaharu francais ini. Ia dikeluarkan untuk pelbagai sistem permainan seperti PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan lain-lain.