From Wikipedia, the free encyclopedia
Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal, dan penguasaan udara. F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; pertama versi berlepas dan mendarat secara konvensional, kedua versi berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak, dan ketiga versi untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.
F-35 Lightning II | |
---|---|
| |
Peranan | Pejuang Pelbagai Peranan halimunan |
Pengeluar | Lockheed Martin Aeronautics Northrop Grumman BAE Systems |
Penerbangan sulung | 15 Disember 2006[1] |
Mula digunakan | F-35B: 31 Julai 2015 (USMC)[2][3][4] F-35A: 2 Ogos 2016 (USAF)[5] F-35C: 2018 (USN)[6] |
Status | Dalam perkhidmatan |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Udara Diraja |
Dikeluarkan | 2006–kini |
Jumlah dibina | 1,000+[7] |
Dibangunkan dari | Lockheed Martin X-35 |
F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan.[8] ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems.[8] Pesawat demonstrasi terbang pada 2000,[9][pautan mati] dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.[10]
Pada tahun 2018, pesawat F-35 telah digunakan dalam pertempuran buat pertama kalinya,[11] apabila Tentera Udara Israel menerbangkan F-35I ke "seluruh Timur Tengah",[12] dan melaksanakan serangan udara pertama di dunia ke atas dua medan pertempuran yang berbeza.[12]
Program JSF diadakan untuk mengantikan pelbagai jenis pesawat dengan masa yang sama penurunan kos pembangunan, pengeluaran operasi dapat dijayakan. Ini boleh diatasi dengan membina tiga versi pada pesawat yang sama, dan berkongsi kira-kira 80% persamaan daripada komponen bahagiannya:
F-35 telah direka untuk menjadi sebuah pesawat penyerang utama di dunia sehingga tahun. Ia bertujuan menjadikan keupayaan keupayaan udara-ke-udara jarak dekat dan jauh pesawat ini kedua terbaik selepas F/A-22 Raptor.[13] Keperluan spesifik F-35 adalah: keupayaan pertempuran udara-ke-udaranya empat kali lebih cekap berbanding pesawat sebelumnya, lapan kali lebih cekap dalam pertempuran udara-ke-darat, dan tiga kali lebih cekap dalam pengawasan dan menghapuskan pertahanan udara musuh. Keupyaan ini akan dicapai dengan mempunyai jarak operasi yang lebih baik dan saiz lebih kecil logistical footprint Diarkibkan 2007-03-14 di Wayback Machine berbanding pesawat sebelumnya.[14]
Pada awalnya, F-35 telah direka dengan tiga buah versi - F-35A (sebuah versi konvensional); F-35B (sebuah versi STOVL yang boleh dioperasikan di darat atau kapal pengangkut); dan F-35C (sebuah versi menggunakan CATOBAR di atas kapal pengangkut). Sejak itu, beberapa rekabentuk telah dilakukan ke atas versi spesifik untuk beberapa negara seperti Israel dan Kanada, selain konsep rekabentuk awal bagi versi naik taraf ke atas F-35A, yang mana akan menjadi F-35D.
F-35A merupakan sebuah versi berlepas dan mendarat konvensional (CTOL) yang bertujuan untuk kegunaan Tentera Udara Amerika Syarikat dan tentera udara negara-negara lain. Ia merupakan versi terkecil, teringan dengan keupayaan sehingga 9 g, iaitu tertinggi dalam semua versi.
Meskipun F-35A kini boleh melaksanakan pengisian bahan api di udara dengan menggunakan kaedah boom and receptacle, pesawat ini boleh diubah untuk pengisian minyak dengan kaedah probe-and-drogue sekiranya diminta oleh pelanggan.[15][16] Sebuah pod drag chute boleh dipasang pada F-35A, di mana Tentera Udara Diraja Norway merupakan pengguna pertama yang menggunakannya.[17]
Versi pelepasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL) pesawat adalah versi F-35B. Meskipun saiznya sama dengan versi A, versi B mengorbankan sekitar satu per tiga isipadu bahan api berbanding versi A untuk menempatkan SDLF.[18][19] Versi ini juga terhad sehingga 7 g.[20] Tidak seperti versi lain, F-35B tidak mempunyai cangkuk pendaratan. Kawalan "STOVL/HOOK" akan mengaktifkan perubahan daripada penerbangan normal kepada menegak.[21] F-35B juga boleh melakukan pendaratan dan pelepasan pendek dan/atau menegak (V/STOL).[22]
Versi F-35C telah direka untuk operasi pelepasan terbantu manjanik tetapi pendaratan ditangkap di atas kapal pengangkut pesawat. Berbanding dengan F-35A, F-35C memiliki sayap yang lebih besar dengan bahagian hujung sayap boleh lipat, permukaan kawalan lebih besar untuk meningkatkan kawalan halaju rendah, giar pendaratan lebih kuat di sebabkan tekanan pendaratan terbantu di atas kapal pengangkut, sepasang giar hidung roda berkembar, dan cangkuk ekor yang lebih kuat untuk digunakan bersama kabel pencangkuk. Luas sayap yang lebih besar membolehkan halaju pendaratan direndahkan, dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah beban muatan dan jarak operasi. Versi F-35C juga terhad sehingga 7.5 g.
F-35I Adir (Ibrani: אדיר , bermakna "Awesome",[23] atau "Mighty One"[24]) adalah sebuah versi F-35A dengan pengubahsuaian unik yang dilakukan oleh Israel. Asalnya, A.S enggan membenarkan perubahan ini dilakukan sebelum membenarkan Israel untuk mengintegrasikan sistem peperangan elektroniknya sendiri, termasuk penderia dan penyesak. Komputer utama mempunyai satu fungsi "plug-and-play" untuk penambahan sistem-sistem; di mana cadangannya termasuk sebuah pod penyesak luar, dan peluru berpandu udara ke udara baharu buatan Israel, serta bom-bom panduan dan ruang senjata dalaman.[25][26] Seorang pegawai kanan IAF berkata bahawa sifat halimunan pada F-35 mungkin akan diatasi dalam masa 10 tahun berbanding 30 hingga 40 tahun jangka hayat perkhidmatannya, oleh itu Israel berkeras untuk menggunakan sistem-sistem peperangan elektronik mereka sendiri.[27] Israel Aerospace Industries (IAI) telah menimbangkan satu konsep versi F-35 dengan dua tempat duduk; seorang eksekutif IAI memetik: "Diketahui terdapat permintaan untuk versi dua tempat duduk tidak hanya dari Israel tetapi juga dari tentera udara lain".[28] IAI merancang untuk mengeluarkan tangki bahan api konformal.[29]
Satu kajian akan kemungkinan tingkat upaya ke atas F-35A menjelang tahun 2035 bagi menyasarkan Konsep Operasi Masa Depan Tentera Udara Amerika Syarikat.[30][31]
CF-35 adalah satu cadangan versi untuk Kanada yang berbeza dengan F-35A dengan penambahan satu payung drogue dan kemungkinan satu prob pengisian bahan api menyerupai F-35B/C.[17][32] Pada tahun 2012, satu pendedahan bahawa CF-35 akan memiliki sistem pengisian bahan api yang sama digunakan pada F-35A.[33] Satu cadangan pilihan adalah penerima pakai prob pengisian bahan api pada F-35C dan halaju pendaratan yang lebih rendah; bagaimanapun, laporan Pegawai Belanjawan Parlimen memetik prestasi dan beban muatan terhad pada F-35C adalah harga yang terlalu tinggi untuk dibayar.[34] Berikutan dengan Pilihanraya Persekutuan 2015, Parti Liberal yang mana telah berkempen untuk berikrar untuk membatalkan pembelian F-35,[35] telah menubuhkan kerajaan baharu dan melancarkan satu persaingan terbuka untuk mengantikan armada CF-18 Hornet sedia ada.[36]
Data dari ringkasan program F-35,[37] Statistik F-35 JSF[38]
Had g[39]
F-35A CTOL |
F-35B STOVL |
F-35C CATOBAR | |
---|---|---|---|
Panjang | 50.5 ka (15.4 m) | 50.5 ka (15.4 m) | 50.8 ka (15.5 m) |
Lebar sayap | 35 ka (10.7 m) | 35 ka (10.7 m) | 43 ka (13.1 m) |
Luas sayap | 460 ft² (42.7 m²) | 460 ft² (42.7 m²) | 620 ft² (57.6 m²) |
Berat kosong[45] | 28,999 lb (13,154 kg) | 32,472 lb (14,729 kg) | 34,581 lb (15,686 kg) |
Bahan api dalaman | 18,498 lb (8,391 kg) | 13,326 lb (6,045 kg) | 19,624 lb (8,901 kg) |
Berat berlepas maksimum | 70,000 lb (31,800 kg) class | 60,000 lb (27,200 kg) class | 70,000 lb (31,800 kg) class |
Jarak | >1,200 nmi (2,200 km) | >900 nmi (1,700 km) | >1,200 nmi (2,200 km) |
Jejari tempur menggunakan bahan api dalaman[46] |
669 nmi (1,239 km) | 505 nmi (935 km) | 670 nmi (1,241 km) |
Tujahan/berat • bahan api penuh: • 50% bahan api: |
0.87 1.07 |
0.90 1.04 |
0.75 0.91 |
Pada 23 Jun 2014, enjin sebuah F-35A terbakar sejurus sebelum memulakan latihan penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Eglin. Juruterbangnya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. Bahagian enjin daripada pesawat yang terbakar telah dijumpai di atas landasan, menunjukan kegagalan enjin.[113] Kemalangan ini menyebabkan semua latihan dihentikan pada 25 Jun, dan kesemua penerbangan dihentikan pada 3 Julai.[114][115][116] Armada pesawat dibenarkan terbang kembali pada 15 Julai dengan beberapa kekangan dalam julat penerbangan.[117] Penemuan awal mencadangkan gosokan berlebihan pada bilah kipas enjin yang menyebabkan peningkatan tekanan dan hakisan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan besar pada kipas.[118]
Kejadian terhempas pertama kali berlaku pada 28 September 2018 melibatkan sebuah F-35B milik Kor Marin A.S berhampiran dengan Stesen Udara Kor Marin Beaufort, Carolina Selatan; di mana juruterbangnya berjaya melenting keluar dengan selamat.[119][120] Punca kemalangan di sebabkan oleh sebuah tiub minyak yang gagal berfungsi; kesemua pesawat F-35 dihentikan pada 11 Oktober untuk pemeriksaan tiub pada seluruh armada pesawat. [121] Pada hari berikutnya, pesawat F-35 milik Tentera Udara A.S dan Tentera Laut A.S kembali ke status diterbangkan selepas pemeriksaan.[122]
Pada 9 April 2019, sebuah F-35A milik Pasukan Pertahanan Diri Jepun yang ditumpangkan di Pangkalan Udara Misawa hilang daripada radar kira-kira 84 batu (135 km) ke timur Prefecture Aomori semasa melakukan satu misi latihan di Lautan Pasifik. Juruterbangnya, Mejar Akinori Hosomi, telah meradio niat beliau untuk membatalkan latihan sebelum hilang.[123][124] Tentera laut AS dan Jepun melakukan pencarian ke atas pesawat dan juruterbang yang hilang, menemui serpihan di permukaan air yang mana mengesahkan kejadian terhempas; mayat Hosomi telah ditemui pada bulan Jun.[125][126][127] Bertindak balas, Jepun mengantung armada 12 buah pesawat F-35A.[128][124] Terdapat spekulasi bahawa China atau Rusia mungkin cuba untuk mengambilnya; Kementerian Pertahanan Jepun mengumumkan bahawa tiada "aktiviti dilaporkan" dari kedua-dua negara.[124] F-35 dilaporkan tidak menghantar sebarang isyarat bantuan; juruterbang pula tidak melakukan sebarang cubaan manuver menyelamatkan diri apabila pesawat menjunam dengan kadar yang pantas.[123][129] Laporan kemalangan menyatakan kemalangan di sebabkan oleh spatial disorientation yang dialami oleh juruterbang.[130]
Pada 19 Mei 2020, sebuah F-35A milik Skuadron Pejuang ke-58, Tentera Udara AS terhempas sementara ingin mendarat di Eglin AFB. Juruterbang melenting keluar dan berada dalam keadaan stabil.[127] Kemalangan diakibatkan oleh gabungan kesilapan juruterbang ekoran kepenatan, isu pada rekabentuk sistem oksigen, persekitaran kompleks pesawat, gangguan disebabkan kegagalan fungsi paparan lekapan helmet, serta kegagalan sistem kawalan penerbangan untuk bertindak balas dengan input dari juruterbang.[131]
Pada 29 September 2020, sebuah F-35B milik Kor Marin AS telah terhempas di Kaunti Imperial, California, selepas berlanggar dengan sebuah pesawat KC-130 semasa melakukan pengisian minyak di udara. Juruterbang F-35B mengalami kecederaan semasa melenting keluar manakala KC-130 berjaya membuat pendaratan cemas.[132]
Pada 17 November 2021, sebuah F-35B milik Tentera Udara Diraja terhempas semasa melakukan operasi rutin di Mediterranean. Juruterbangnya diselamatkan ke HMS Queen Elizabeth. Satu penyiasatan dimulakan.[87] Laporan-laporan awal mencadangkan bahawa beberapa "penutup dan pelindung enjin" tidak ditanggalkan sebelum berlepas.[133][134] Pada 23 Jun 2014, enjin sebuah F-35A terbakar sejurus sebelum memulakan latihan penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Eglin. Juruterbangnya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. Bahagian enjin daripada pesawat yang terbakar telah dijumpai di atas landasan, menunjukan kegagalan enjin.[135] Kemalangan ini menyebabkan semua latihan dihentikan pada 25 Jun, dan kesemua penerbangan dihentikan pada 3 Julai.[114][115][116] Armada pesawat dibenarkan terbang kembali pada 15 Julai dengan beberapa kekangan dalam julat penerbangan.[117] Penemuan awal mencadangkan gosokan berlebihan pada bilah kipas enjin yang menyebabkan peningkatan tekanan dan hakisan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan besar pada kipas.[136]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.