Félix Tshisekedi
ahli politik Congo / From Wikipedia, the free encyclopedia
Félix Antoine Tshisekedi Tshilombo[1] (Perancis: [feliks ɑ̃twan tʃisekedi tʃilombo]; lahir 13 Jun 1963)[2] ialah ahli politik Congo yang telah menjadi Presiden Republik Demokratik Congo sejak 25 Januari 2019.[3] Beliau ialah pemimpin Kesatuan untuk Demokrasi dan Kemajuan Sosial (UDPS), parti tertua dan terbesar di Republik Demokratik Congo,[4] menggantikan mendiang bapanya Étienne Tshisekedi dalam peranan tersebut, seorang Perdana Menteri Zaire tiga kalimdan pemimpin pembangkang semasa pemerintahan Mobutu Sese Seko. Tshisekedi merupakan calom parti UDPS untuk presiden dalam pilihan raya umum Disember 2018, yang beliau menang, walaupun mendapat tuduhan ketidaksekataan dari beberapa pertubuhan pemantauan pilihan raya dan parti-partinpembangkang yang lain. Kejayaannya telah disahkan oleh Mahkamah Perlembagaan DRC selepas ahli politik pembangkang satu lagi, Martin Fayulu, mencabar keputusan tersebut, tetapi Tshisekedi telah dituduh membuat perjanjian dengan penyandang sebelumnya, Joseph Kabila. Pilihan raya tersebut menandakan peralihan kuasa aman yang pertama sejak DRC merdeka dari Belgium pada tahun 1960.
Tuan Yang Terutama Félix Tshisekedi | |
---|---|
Presiden Republik Demokratik Congo ke-5 | |
Memegang jawatan 25 Januari 2019 | |
Perdana Menteri | Bruno Tshibala Sylvestre Ilunga |
Didahului oleh | Joseph Kabila |
Pemimpin Kesatuan untuk Demokrasi dan Kemajuan Sosial | |
Memegang jawatan 31 Mac 2018 | |
Didahului oleh | Étienne Tshisekedi |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1963-06-13) 13 Jun 1963 (umur 61) Léopoldville, Congo-Léopoldville (kini Kinshasa, Republik Demokratik Congo) |
Parti politik | Kesatuan untuk Demokrasi dan Kemajuan Sosial |
Pasangan | Denise Nyakéru Tshisekedi |
Ibu bapa | Étienne Tshisekedi Marthe Kasalu Jibikila |
Laman web rasmi | https://presidence.cd |