From Wikipedia, the free encyclopedia
Ezra Kong ialah seorang penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau paling dikenali melalui kerjasamanya bersama penyanyi Hael Husaini dengan menggubah dan menulis lagu untuk pelbagai artis termasuk Hael sendiri, Faizal Tahir, Ayda Jebat, Nabila Razali, Elizabeth Tan, Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.[1][2][3][4] Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana muda Psikologi di Universiti John Moores, Liverpool, England.[5]
Ezra Kong | |
---|---|
Nama lahir | Ezra Kong Yi Jia |
Kelahiran | 1988 (umur 35–36), Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia |
Genre | |
Pekerjaan | Penggubah lagu, penulis lirik, penerbit rakaman |
Tahun aktif | 2014–kini |
Pengkarya berkait | Hael Husaini |
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pelabuhan Klang, Selangor, pada tahun 1988 dengan nama Ezra Kong Yi Jia. Ezra memulakan kerjaya awalnya dalam bidang pengiklanan radio dan televisyen, kemudian bekerja di bahagian Sumber Manusia di kilang sarung tangan.[5] Beliau memulakan kerjaya sebagai komposer pada 2014 apabila Mike Chan dan Audi Mok menawarkannya peluang untuk menghasilkan lagu untuk Faizal Tahir, "Assalamualaikum" sekaligus menjadikan Ezra antara komposer muda yang meningkat naik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.