From Wikipedia, the free encyclopedia
Eugen Ritter von Schobert (13 Mac 1883 – 12 September 1941) adalah seorang Jeneral Jerman semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-11 semasa Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan ke atas Soviet Union. Schobert terkorban apabila pesawat pemerhatinya terhempas di kawasan periuk api Soviet.
Eugen Ritter von Schobert | |
---|---|
Kelahiran | 13 Mac 1883 Würzburg, Kerajaan Beraja Bavaria, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 12 September 1941 58) Mykolaiv Urkraine, Soviet Union | (umur
Kesetiaan | Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Tahun perkhidmatan | 1902–41 |
Pangkat | Generaloberst |
Arahan | Divisyen Ke-17 Infantri Divisyen Ke-33 Infantri Kor VII Tentera Darat Ke-11 |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Selepas Perang Dunia I, Schobert kekal didalam Reichswehr dan kemudian Wehrmacht, beliau terus naik pangkat. Beliau adalah Inspektor Infantri dari Disember 1933 hingga September 1934 dan kemudian memerintah Divisyen Ke-17 Infantri dan Divisyen Ke-33 Infantri.[1] Beliau mengambil alih pemerintahan Kor VII (VII. Armeekorps) pada 4 Februari 1938.[2]
Pada September 1939, Schobert memimpin Kor VIInya dalam pencerobohan Poland sebagai sebahagian daripada simpanan Kumpulan Tentera Darat Selatan. Pada Mei–Jun 1940, Kornya, sebahagian Tentera Darat Ke-16 Jeneral Ernst Busch dalam Kumpulan Tentera Darat A, terlibat dalam pencerobohan Belgium dan Luxembourg serta Pertempuran Perancis. Beliau menerima pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana kejayaannya memecah masuk Garis Maginot dan menawan Nancy dan Toul.[3] Beliau kekal memerintah kor itu semasa persediaan untuk menceroboh Great Britain.
Pada September 1940, Schobert telah diberi memerintah Tentera Darat Ke-11. Ketumbukan itu ditugaskan ke Kumpulan Tentera Darat Selatan bagi Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Soviet Union. Semasa operasi kombat di selatan Soviet Union, Schobert terkorban apabila pesawat pemerhati Fieseler Storch terhempas didalam kawasan periuk api Soviet. Wartawan perang Jerman, Leo Leixner, telah menulis biografi Schobert.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.