Erti Hidup
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lagu Erti Hidup merupakan sebuah lagu berirama Melayu yang disampaikan oleh penyanyi popular Dayang Nurfaizah pada tahun 2004 yang mana pada awalnya adalah sebuah lagu untuk modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pertama. Ia hanya diterbitkan untuk siaran program tersebut. Namun atas inisiatif Dayang, lagu ini berjaya dimuatkan dalam album solo keempatnya yang berjudul Dayang Sayang Kamu pada penghujung tahun 2004. Lagu ini mencipta kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai Juara Kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-19 pada tahun 2005.
Fakta Segera Single oleh Dayang Nurfaizah, daripada album Dayang Sayang Kamu ...
"Erti Hidup" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Dayang Nurfaizah | ||||
daripada album Dayang Sayang Kamu | ||||
Dilancarkan pada | 17 Mac 2004 | |||
Format | CD (Limited), Airplay | |||
Genre | Masri, Melayu, Pop | |||
Panjang | - | |||
Syarikat | DNAD Entertainment | |||
Penulis | Afdlin Shauki & Aji | |||
Penerbit | Dayang Nurfaizah | |||
Kronologi single Dayang Nurfaizah | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Tutup