![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/Cross_section_of_filter_of_gas_mask.jpg/640px-Cross_section_of_filter_of_gas_mask.jpg&w=640&q=50)
Ererap
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ererap (erérap) ialah bahan yang digunakan untuk mengerap (menyerap atau menjerap) cecair atau gas. Contohnya termasuklah:
- Bahan yang serupa dengan bahan ayak molekul, yang bertindak melalui penjerapan (menarik molekul ke permukaannya). Ia mempunyai luas permukaan dalaman yang besar dan keraliran haba yang baik. Ia biasanya dibekalkan dalam pelet diameter 1 mm hingga 2 mm dan kira-kira panjang 5 mm atau sebagai ira bertertib 1 mm. Kadang-kadang sebagai manik sehingga diameter 5 mm. Ia biasanya diperbuat daripada aluminium oksida dengan struktur berliang.
- Bahan yang digunakan untuk menyerap bahan lain kerana afiniti yang tinggi untuk berbuat demikian. Contohnya termasuklah:
- Dalam pengkomposan, bahan kering (perang, berkarbon tinggi) menyerap banyak bahan kimia berbau, dan bahan kimia ini membantu menguraikan ererap ini.
- Span menyerap banyak kali beratnya sendiri di dalam air.
- Lapik gentian polipropilena boleh digunakan untuk menyerap minyak.
- Produk serat selulosa boleh digunakan untuk menyerap minyak.
- Bahan gel berbutir dalam lampin bayi akan menyerap beberapa kali ganda berat asalnya dalam air kencing.
- Kekontang menarik air, mengeringkan (pengontangan) bahan sekeliling.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/Cross_section_of_filter_of_gas_mask.jpg/640px-Cross_section_of_filter_of_gas_mask.jpg)