![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a9/Temple_of_Artemis.jpg/640px-Temple_of_Artemis.jpg&w=640&q=50)
Ephesos
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ephesos (Yunani: Ἔφεσος, rumi: Éphesoscode: el is deprecated ; Latin: Ephesuscode: la is deprecated ; Turki: Efescode: tr is deprecated ) dulunya adalah salah satu bandar terbesar di Asia Kecil. Ia didirikan pada zaman Yunani Purba[1][2] terletak di pantai barat Anatolia, kini berhampiran Selçuk di wilayah İzmir, Turki.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a9/Temple_of_Artemis.jpg/320px-Temple_of_Artemis.jpg)
Bandar ini terkenal sebagai lokasi terletaknya Kuil Artemis yang merupakan salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Purba.[3] Ia turut menjadi tumpuan dalam kalangan penganut agama Kristian sebagai antara tempat tumpuan kerana terletaknya salah satu gereja terawal yang disebutkan dalam Kitab Wahyu kepada Yohanes;[4] malah Yohanes dipercayai mengarang Injilnya di kota ini.[5]