From Wikipedia, the free encyclopedia
Enggang tanah (Bucorvidae) ialah keluarga berkaitan enggang di bawah order Bucerotiformes, dengan satu genus Bucorvus dan dua spesies yang masih ada. Keluarga tersebut endemik di Afrika sub-Sahara: enggang tanah utara terdapat di jarluran dari Senegal timur ke Habsyah, dan enggang tanah selatan terdapat di selatan dan Afrika Timur.
Enggang tanah Julat zaman: Miosen Pertengahan hingga kini | |
---|---|
Kepala jantan Bucorvus abyssinicus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Bucorvidae (Bonaparte, 1854) |
Genus: | Bucorvus (Lesson, 1830) |
Spesies | |
Bucorvus leadbeateri |
Saiznya besar, dengan ketinggian sekitar satu meter. Kedua-dua spesiesnya ialah penghuni tanah, tidak seperti enggang lain. Juga tidak seperti kebanyakan enggang lain, ia bersifat karnivor dan memakan serangga, ular, burung lain, amfibia, dan juga kura-kura.[1] Ia adalah antara burung yang paling lama hidup,[2] dan spesies selatan yang lebih besar mungkin pembiak paling lambat (setiap tiga tahun) dan paling lama hidup antara semua burung.[3]
Genus Bucorvus telah diperkenalkan, pada asalnya sebagai subgenus, oleh semulajadiwan Perancis, René Lesson pada tahun 1830 dengan enggang tanah utara Bucorvus abyssinicus sebagai spesies jenis.[4][5] Nama genusnya berasal daripada nama genus Buceros yang diperkenalkan oleh Carl Linnaeus pada tahun 1758 untuk enggang Asia di mana corvus ialah perkataan bahasa Rumi untuk "gagak".[6]
Kajian filogenetik molekul yang diterbitkan pada tahun 2013 mendapati bahawa genus Bucorvus ialah saudara kepada seluruh keluarga enggang.[7]
Genus Bucorvus mengandungi dua spesies:[8]
Enggang tanah prasejarah, Bucorvus brailloni, telah diperihalkan berdasarkan tulang fosil di Maghribi, menunjukkan bahawa sebelum glasiasi Kuarterner, genus tersebut samada lebih meluas atau bertaburan secara berbeza.[9]
Kini dianggap bahawa enggang tanah, bersama-sama Tockus dan Tropicranus (kini dalam Horizocerus), hampir eksklusifnya bersifat karnivor[1] dan tidak mempunyai kantung gelambir yang membolehkan genus enggang lain yang kurang berkait rapat menyimpan buah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.