Empayar Seljuq Agung (Parsi: دولت سلجوقیان, rumi: Dawlat-i Saljūqiān, Bahasa Turki Uthmaniyah: سلچوقلو دولتی bentuk moden: Selçuklu Devlet) adalah sebuah empayar Islam Sunnah Parsi Zaman Pertengahan[3][4][5][6][7][8] ditubuhkan oleh cabang Qynyq dari bangsa Turk Oghuz[9] yang satu ketika pernah mengawal kawasan luas terbentang daripada Hindu Kush ke timur Anatolia dan daripada Asia Tengah ke Teluk Parsi. Dari tanahair mereka berdekatan Laut Aral, kerajaan ini pada mulanya mara ke dalam Kersan dan kemudian ke tanah besar Parsi sebelumnya akhirnya menakluk timur Anatolia.

Fakta Segera دولت سلجوقیان Dawlat-i Saljūqiānسلچوقلو دولتی‎ Selçuklu Devlet, Ibu negara ...
Empayar Seljuq Agung

دولت سلجوقیان Dawlat-i Saljūqiān
سلچوقلو دولتی Selçuklu Devlet
1037–1194
Thumb
Empayar Seljuq Agung semasa kemuncaknya pada tahun 1092, selepas kematian Malik Shah I [perlu rujukan]
Ibu negara
  • Nishapur
    (1037–1043)
  • Rey
    (1043–1051)
  • Isfahan
    (1051–1118)
  • Merv, ibu negara timur (1118–1153)
  • Hamadan, ibu negara barat (1118–1194)
Bahasa yang umum digunakanParsi
Oghuz Turkic
Arab
KerajaanDe facto: Kesultanan merdeka
De jure: Di bawah kekhilafahan[1]
Sultan 
 1037 - 1063
Tuğrul Beg (pertama)
 1118 - 1153
Ahmed Sanjar (terakhir)
Sejarah 
 Tugrul Beg menubuhkan sistem negara
1037
1071
1095–1099
 Pertempuran Qatwan
1141
 Digantikan oleh empayar Khwarezmia[2]
1194
Keluasan
kira-kira 10803,900,000 km2 (1,500,000 bt2)
Didahului oleh
Diganti oleh
Negeri Oghuz Yabgu
Empayar Ghaznavid
Kekhanan Kara-Khanid
Dinasti Buwaihi
Khilafah Fatimiyah
Empayar Byzantium
Empayar Khoarezmiyah
Kesultanan Rûm
Dinasti Ayubiyyah
Atabeg dari Azerbaijan
Dinasti Burid
Dinasti Zangi
Danishmend
Dinasti Artuqid
Saltuklu
Dinasti Ghur
Tutup

Empayar Seljuq telah diasaskan oleh Tugrul Beg pada tahun 1037 selepas usaha-usaha pengasas wangsa Seljuk, Seljuq Beg, kembali pada suku pertama kurun ke-11. Bapa Seljuq Beg memegang kedudukan tinggi di Negara Oghuz Yabgu, dan memberi nama beliau kepada negara dan dinasti. Seljuq telah menyatukan keadaan rapuh politik di dunia timur Islam dan memainkan peranan penting di dalam Perang Salib Pertama dan Kedua. Memiliki nilai Parsi tinggi[3][4][5][6] dalam kebudayaan [10][11][12] dan bahasa[3][13][14][15][16], Seljuq juga memainkan peranan penting dalam pembangunan tradisi Parsi-Turki[17].

Pengasas dinasti

Moyang apikal bagi orang Seljuq adalah beg, iaitu Seljuk yang memiliki reputasi yang berkhidmat dalam tentera Khazar, di mana sekitar tahun 950 telah bermigrasi ke Khwarezm, berdekatan dengan bandar Jend, di mana mereka kemudian memeluk Islam.[18]

Pengembangan empayar

Seljuq kemudian bersekutu dengan para shah Samanid Parsi menentang Qarakhanid. Samanid kalah pada Qarakhanid di Transoxania (992–999), bagaimanapun selepas kebangkitan Ghaznavid. Seljuq terjebak dalam pergelutan kuasa di wilayah ini sebelum mengasaskan pangkalan bebas mereka sendiri.

Tughril and Chaghri

Tughril merupakan cucu lelaki kepada Seljuq dan abang kepada Chaghri, di mana semasa kepimpinan beliau Seljuk berjaya menubuhkan sebuah empayar daripada Ghaznavid. Awalnya, Seljuq berjaya diundurkan oleh Mahmud dan berundur ke Khwarezm, tetapi Tughril dan Chaghri kemudian mengetuai mereka untuk menawan Merv dan Nishapur (1037).[19] Kemudian, mereka berulang kali menyerang dan bertukar wilayah di Khorasan dan Balkh dan menjarah Ghazni pada tahun 1037.[20] Pada tahun 1040, dalam Pertempuran Dandanaqan, mereka mendapat kemenangan mutlak ke atas Mas'ud I dari Ghaznavid, memaksa beliau untuk meninggalkan hampir kesemua wilayah barat beliau kepada Seljuq. Pada tahun 1048-9, Turki Seljuk di bawah pimpinan Ibrahim Yinal, saudara kandung kepada sultan Tughril, membuat serbuan pertama ke perbatasan hadapan Byzantine di wilayah Iberia dan bertempur dengan tentera gabungan Byzantine-Georgia seramai 50,000 orang di Pertempuran Kapetrou pada 10 September 1048. Kemusnahan yang ditinggalkan oleh serbuan Seljuq sungguh menakutkan sepertimana diceritakan dalam magnat Byzantine, Eustathios Boilas, pada tahun 1051/52, tanah-tanah ini seperti "gersang dan tidak diuruskan... didiami oleh ular, kala jengking, dan binatang liar." Perawi Arab, Ibn al-Athir melaporkan bahawa Ibrahim membawa balik 100,000 orang tawanan dan banyak harta rampasan yang dimuatkan di belakang 10 ribu unta.[21] Pada tahun 1055, Tughril menawan Baghdad daripada pemerintahan Buyid Syiah atas perintah Abbasiyah.

Alp Arslan

Alp Arslan, anak lelaki kepada Chaghri Beg, meluaskan lagi wilayah selepas kematian Tughril dengan menambah Armenia dan Georgia pada tahun 1064 dan menyerang empayar Byzantine pada tahun 1068, di mana beliau berjaya mengilhak hampir keseluruhan Anatolia.[22] Kemenangan muktamad Arslan dalam Pertempuran Manzikert pada tahun 1071. Oleh itu, menghapuskan sebarang tentangan dari Byzantine akan serangan Turki di Anatolia.[23] Walaupun Georgia berjaya pulih daripada serbuan Alp Arslan dengan menguasai Iberia. Pengunduran Byzantine daripada Anatolia membuatkan Georgia bertembung terus dengan Seljuq. Pada tahun 1073, para amir Seljuk di Ganja, Dvin dan Dmanisi, menyerang Georgia dan dikalahkan oleh George II dari Georgia, yang mana berjaya menawan kubu di Kars.[24] Satu serangan balas oleh Amir Seljuk, Ahmad telah berjaya mengalahkan Georgia di Kvelistsikhe.[25]

Alp Arslan membenarkan para jeneral Turkmen beliau untuk menubuhkan wilayah mereka sendiri di bekas wilayah Byzantine, selagi mana para atabeg ini setia kepada beliau. Dalam masa dua tahun, Turkmen telah berjaya menguasai sejauh Laut Aegea di bawah pelbagai beghlik (Turki moden beylik): Saltukid di timur laut Anatolia, Shah-Armens dan Mengujekid di Anatolia Timur, Artuqid di Anatolia Tenggara, Danishmendi di Anatolia Tengah, Rum Seljuq (Beghlik Suleyman, yang mana kemudian berpindah ke Anatolia Tengah) di Anatolia Barat, dan Beylik Tzachas dari Smyrna di İzmir (Smyrna).

Malik Shah I

Di bawah pemerintahan penganti Alp Arslan, Malik Shah serta dua orang wazir Parsi beliau,[26] Nizām al-Mulk dan Tāj al-Mulk, wilayah Seljuq meluas ke pelbagai arah, sehingga ke garis sempadan Iran sebelum penaklukan oleh Arab, sebelum mencapai ke sempadan China di timur dan Byzantine di barat. Malikshāh memindahkan ibu negera daripada Rey ke Isfahan dan semasa pemerintahan beliau Empayar Seljuk Agung mencapai kemuncaknya.[27] Sistem ketenteraan Iqta dan Universiti Nizāmīyyah di Baghdad telah ditubuhkan oleh Nizām al-Mulk, dan pemerintahan Malikshāh diakui sebagai zaman emas "Seljuq Agung". Khalifah Abbasiyyah menganugerahkan beliau "Sultan di Timur dan Barat" pada tahun 1087. Assassin (Hashshashin) dari Hassan-i Sabāh mula menjadi sebuah pasukan bersenjata semasa era beliau, however, and they assassinated many leading figures in his administration; according to many sources these victims included Nizām al-Mulk.

In 1076 Malik Shah I surged into Georgia and reduced many settlements to ruins. from 1079/80 onward, Georgia was pressured into submitting to Malik-Shah to ensure a precious degree of peace at the price of an annual tribute.

Rujukan

Pautan luar

Kesusasteraan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.