From Wikipedia, the free encyclopedia
Elizabeth Chase "Lizzie" Olsen (lahir Februari 16, 1989)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau dikenali untuk peranannya dalam Silent House (2011), Liberal Arts (2012), Godzilla (2014) dan Avengers: Age of Ultron (2015). Untuk peranannya dalam Martha Marcy May Marlene (2011), beliau dicalonkan untuk beberapa anugerah. Beliau merupakan adik kepada pelakon, Mary-Kate dan Ashley Olsen.
Elizabeth Olsen | |
---|---|
Kelahiran | Elizabeth Chase Olsen 16 Februari 1989 |
Nama lain | Lizzie Olsen |
Pusat pendidikan | Sekolah Seni Tisch |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1993 - kini |
Ketinggian | 168 cm (5 ka 6 in) |
Saudara | Mary-Kate Olsen (kakak) Ashley Olsen (kakak) |
Olsen dilahir dan dibesarkan di Sherman Oaks, California, anak perempuan kepada Jarnette "Jarnie" (née Jones;[2] l. 1954), seorang pengurus peribadi dan David "Dave" Olsen, seorang pemaju hartanah dan pegawai bank.[3] Beliau merupakan adik kepada Mary-Kate dan Ashley Olsen yang menjadi terkenal sebagai bintang filem dan TV pada usia muda. Pada tahun 1996, ibu-bapa Olsen bercerai.[4] Keluarga Olsen berketurunan Norway di sebelah bapanya dan Inggeris di sebelah ibunya.[5][6]
Sebagai seorang kanak-kanak, Olsen menerima latihan balet dan nyanyian.[7] Beliau mula berlakon sejak usia muda dan muncul dalam filem-filem kakaknya. Sebelum berumur sebelas tahun, Olsen mempunyai peranan kecil dalam How the West Was Fun dan The Adventures of Mary-Kate & Ashley.[8]
Beliau menghadiri Sekolah Campbell Hall di Hollywood Utara, California bermula tadika sehingga gred 12. Selepas tamat belajar, beliau memasuki Sekolah Seni Tisch di Universiti New York. Pada tahun 2009, Olsen menghabiskan satu semester belajar di Moscow, Rusia di Sekolah Teater Seni Moscow melalui program MATS.[9]
Olsen mula berlakon ketika berumur empat tahun dan membintangi enam produksi Mary-Kate dan Ashley; beliau juga menjalani uji bakat untuk Spy Kids.[10] Peranan yang menaikkan nama Olsen datang pada tahun 2011 apabila beliau muncul dalam Martha Marcy May Marlene. Filem itu dan lakonan Olsen menerima pujian meluas. Olsen dicalonkan dan memenangi pelbagai anugerah untuk lakonannya sebagai Martha.[11][12][8] Beliau kemudiannya muncul dalam filem seram, Silent House dimana beliau melakonkan watak Sarah. Filem ini menerima ulasan bercampur ke positif tetapi lakonan Olsen sekali lagi dipuji. Olsen juga muncul dalam video muzik "The Queen" oleh Carlotta.[13]
Olsen menjalani penggambaran Red Lights semasa pertengahan tahun 2011. Filem ini ditayangkan di A.S. pada Julai 13, 2012.[14] Beliau membintangi Liberal Arts yang ditayangkan pada Januari 22, 2012.[15] Beliau dan Dakota Fanning membintangi Very Good Girls yang ditayangkan pada tahun 2013.[16][17]
Pada bulan Januari 2013, Olsen dicalonkan untuk Anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA.[18] Beliau membintangi filem 2013, Oldboy, sebuah buatan semula filem Korea Selatan 2003 dengan nama yang sama. Beliau melakonkan watak Marie.[19] Beliau melakonkan watak Edie Parker dalam Kill Your Darlings.
Olsen membintangi filem 2014, Godzilla bersama-sama Bryan Cranston dan Aaron Taylor-Johnson.[20][21] Olsen melakonkan watak Scarlet Witch dalam Avengers: Age of Ultron, sekuel kepada The Avengers.[22][23] Beliau pertama kali muncul sebagai karakter itu dalam babak pertengahan kredit Captain America: The Winter Soldier.[24] Beliau akan menyambung wataknya sebagai Scarlet Witch dalam filem 2016, Captain America: Civil War.[25]
Pada bulan September 2014, ia telah diumumkan bahawa Olsen melakonkan watak Audrey Williams dalam I Saw the Light diarahkan oleh Marc Abraham dan dibintangi Tom Hiddleston sebagai Hank Williams.[26]
Pada Januari 2016, ia telah diumumkan bahawa Olsen muncul bersama Jeremy Renner dalam filem arahan sulung Taylor Sheridan, Wind River.[27]
Pada Mac 2019, beliau bersama Yara Shahidi menjadi jurucakap bagi jenama kosmetik Bobbi Brown.
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1994 | How the West Was Fun | Perempuan dalam kereta | Kameo |
2011 | Martha Marcy May Marlene | Martha | |
Silent House | Sarah | ||
Peace, Love & Misunderstanding | Zoe | ||
2012 | Red Lights | Sally Owen | |
Liberal Arts | Zibby | ||
2013 | Kill Your Darlings | Edie Parker | |
Very Good Girls | Gerry | ||
Oldboy | Marie Sebastian | ||
In Secret | Thérèse Raquin | ||
2014 | Captain America: The Winter Soldier | Wanda Maximoff / Scarlet Witch | Kameo[28] |
Godzilla | Elle Brody | ||
2015 | Avengers: Age of Ultron | Wanda Maximoff / Scarlet Witch | |
2016 | I Saw the Light | Audrey Williams | |
Captain America: Civil War | Wanda Maximoff / Scarlet Witch | ||
2017 | Ingrid Goes West | Taylor Sloane | |
Wind River | Jane Banner | ||
Kodachrome | Zoe Kern | ||
2018 | Avengers: Infinity War | Wanda Maximoff / Scarlet Witch | |
2019 | Avengers: Endgame | ||
2022 | Doctor Strange in the Multiverse of Madness | Penggambaran | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2016 | Drunk History | Norma Kopp | Episod: "Siblings" |
2017 | HarmonQuest | Stirrip | Episod: "The Keystone Obelisk"[29] |
2018–19 | Sorry for Your Loss | Leigh Shaw | 10 episod |
2020 | WandaVision | Wanda Maximoff / Scarlet Witch | 6 episod; Penggambaran |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.