From Wikipedia, the free encyclopedia
Elastin ialah sejenis protein yang berkeanjalan tinggi dalam tisu penghubung yang membolehkan banyak tisu bandan kembali kepada bentuk dan kedudukan asal selepas meregang atau mengecut, seperti apabila dicubit atau dijolok. Ia juga merupakan tisu menampung beban yang penting dalam badan haiwan vertebrata di mana ia digunakan di mana tenaga mekanikal haiwan tersebut akan disimpan. Elastin dikodkan oleh gen ELN .[4]
Gentian elastin badan terbentuk daripada penggabungan elastin amorfik dan fibrilin. Kedua-dua komponen ini dihasilkan daripada beberapa asid amino yang lebih kecil seperti glisina, valina, alanina dan prolina.[5][6] Jumlah kandungan elastin ini menjangkau dari 58 hingga 75% berat pembuluh arteri tanpa lemak dalam arteri anjing biasa.[7]
Genom mamalia hanya mempunyai satu gen untuk tropoelastin iaitu ELN. Gen ELN manusia terdiir daripada segemen berukuran 45 kb segment pada kromosom 7 dan mempunyai 34 ekson yang berselang-selikan hampir 700 intron, dengan eksonnya yang pertama bertindak sebagai suatu peptida isyarat yang menegarahkan penyetempatan luaran sel. Bilangan intron yang banyak menunjukkan bahawa proses gabungan semula genetik boleh menyumbang kepada ketidakstabilan gen lalu membawa kepada penyakit tertentu seperti SVAS. Penglahiran mRNA tropoelastin dikawal atur secara ketatnya oleh lapan tapak mula transkripsi yang berbeza.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.