From Wikipedia, the free encyclopedia
Kad EZ-Link ialah kad pintar tanpa sentuh berasaskan teknologi kad pintar Sony FeliCa dan ia digunakan untuk membuat pembayaran bagi tambang pengangkutan awam di Singapura; dengan penggunaan terhad dalam pembayaran kecil sektor runcit. Didirikan pada tahun 2001, ia telah dipromosikan sebagai cara untuk menaiki bas dengan lebih cepat. Ia memonopoli pembayaran tambang pengangkutan awam di Singapura sehingga September 2009, apabila kad NETS FlashPay, yang mempunyai monopoli bagi pembayaran tol Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) memasuki pasaran untuk pembayaran pengangkutan (dan sebaliknya). Kad EZ-Link dijual, diedarkan dan diuruskan oleh EZ-Link Pte. Ltd, satu anak syarikat dibawah Penguasa Pengangkutan Darat Singapura. Pada bulan September 2009, kad CEPAS EZ-Link menggantikan kad EZ-Link yang asal.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.