ahli akademik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak (lahir 1951) ialah ahli akademik dan pendidik Malaysia. Beliau merupakan pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2016–2018)[1][2] dan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak 1 Ogos 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary menggantikan Dato' Dr. Sharom Ahmat dan sebelumnya Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) selama 11 tahun.
Dzulkifli Abdul Razak | |
---|---|
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | |
Memegang jawatan 1 Ogos 2018 | |
Ketua Perlembagaan | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (2018–2019) Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (2019–kini) |
Didahului oleh | Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamaruddin |
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia | |
Dalam jawatan 1 April 2016 – 30 September 2018 | |
Canselor | Tuanku Aishah Rohani |
Didahului oleh | Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin |
Digantikan oleh | Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1951 (umur 72–73) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pasangan | Puan Sri Datin Masrah Abidin |
Anak-anak | 4 |
Alma mater | Universiti Sains Malaysia Universiti Strathclyde |
Pekerjaan | Pakar pendidikan |
AIU merupakan universiti swasta milik Yayasan Albukhary sejak 2010 yang dibiayai oleh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kampus induk AIU beroperasi di Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar.
Dzulkifi ialah anak kedua Abdul Razak Abdul Hamid,[3] satu-satunya mangsa tragedi pengeboman Hiroshima yang terselamat pada 1945.
Beliau berkahwin dengan Masrah Abidin dan dikurniakan empat anak.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.