Indeks Perindustrian Dow Jones
From Wikipedia, the free encyclopedia
Indeks Perindustrian Dow Jones (ﺍﻳﻨﺪﻴﻚﺲ ڤرايندوسترين داو جونس) (Inggeris: Dow Jones Industrial Average atau DJIA) adalah salah satu indeks pasaran saham yang didirikan oleh editor The Wall Street Journal dan pengasas bersama Dow Jones & Company, Charles Dow. Dow membuat indeks ini sebagai suatu cara untuk mengukur prestasi komponen industri di pasaran saham Amerika Syarikat. DJIA merupakan indeks pasaran AS kedua tertua yang masih digunakan.
Yayasan | 16 Februari 1885; 139 tahun yang lalu (1885-02-16) (sebagai DJA) 26 Mei 1896 (1896-05-26) (sebegai DJIA) |
---|---|
Pengendali | Indeks S&P Dow Jones |
Bursa | Bursa Saham New York NASDAQ |
Simbol perdagangan | ^DJI |
Komponen | 30 |
Jenis | Permodelan besar |
Permodalan pasaran | $8.33 trilion (Dis 2019)[1] |
Indeks berkaitan | Indeks Pengangkutan Dow Jones |
Laman web | https://us.spindices.com/indices/equity/dow-jones-industrial-average |
Hari ini, indeks[2] ini terdiri dari 30 syarikat tersenarai awam yang terbesar dan paling banyak dipegang oleh awam di Amerika Syarikat. Bahagian "Perindustrian" dalam indeks hanya faktor sejarah kerana kebanyakan dari 30 syarikat yang terkandung dalam indeks tersebut tidak terlibat dengan industri berat.