Domain peringkat tinggi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Domain peringkat tinggi (TLD) ialah bahagian terakhir nama domain internet, iaitu huruf-huruf yang berikutan tanda titik terakhir dalam mana-mana satu nama domain. Umpamanya, dalam nama domain, www.nintendo.com , domain peringkat tinggi ialah com (atau COM) kerana nama domain tidak peka terhadap kes huruf.
Pihak Berkuasa Nombor Terumpuk Internet (IANA) kini mengelaskan domain-domain peringkat tinggi dalam tiga kumpulan:
- domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD): Digunakan oleh negara atau wilayah tanggungan, bahagian ini mempunyai dua huruf, umpamanya my untuk Malaysia.
- domain peringkat tinggi generik (gTLD): Digunakan (sekurang-kurangnya dari segi teori) oleh satu kelas pertubuhan yang tertentu (umpamanya com untuk pertubuhan perdagangan). Bahagian ini mempunyai tiga atau lebih huruf. Kebanyakan gTLD boleh digunakan di seluruh dunia tetapi atas alasan sejarah, mil (tentera) dan gov (kerajaan) dikhaskan untuk kegunaan pihak berkuasa Amerika Syarikat masing-masing. gTLD dibahagikan lagi kepada domain peringkat tinggi tajaan (sTLD), umpamanya .aero, .coop dan .museum, serta domain peringkat tinggi bukan tajaan (uTLD), umpamanya .biz, .info, .name dan .pro.
- domain peringkat tinggi infrastruktur: Domain peringkat tinggi arpa ialah domain tunggal yang disahkan. Root telah wujud tanpa sebarang alasan.
Daftar lengkap untuk TLD yang wujud pada masa ini boleh didapati di senarai domain peringkat tinggi internet.