![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/20100720_Fukuoka_Kushida_3614_M.jpg/640px-20100720_Fukuoka_Kushida_3614_M.jpg&w=640&q=50)
Dizhi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dizhi ("Dahan Duniawi" atau "Dahan Bumi", Bahasa Cina: 地支code: zh is deprecated ; pinyin: dìzhī; atau Bahasa Cina: 十二支code: zh is deprecated ; pinyin: shíèr zhī; secara harfiahnya "dua belas dahan", IPA: [ti˥˩ ʈʂ˥̩]) memberikan satu sistem Cina untuk menghitung waktu.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/20100720_Fukuoka_Kushida_3614_M.jpg/640px-20100720_Fukuoka_Kushida_3614_M.jpg)
Sistem ini dibina daripada pemerhatian orbit planet Musytari. Ahli astronomi Cina membahagi bulatan cakerawala kepada 12 bahagian untuk mengikuti orbit 歳星code: zh is deprecated Suìxīng (Musytari, Bintang Tahunan). Ahli astronomi membulatkan orbit Suixing kepada 12 tahun (dari 11.86). Suixing dikaitkan dengan Sheti (ɳ Böotes) dan kadang kala dipanggil Sheti juga.
Dalam pemikiran berhubung kait, 12 tahun kitaran Musytari juga memastikan 12 bulan setahun, 12 haiwan (mnemonik untuk sistem ini), arah, musim, bulan, dan j Cina dalam bentuk j ganda (dua jam). Apabila satu Dahan ini digunakan untuk satu j ganda, maka dua j yang terangkum itu yang dimaksudkannya. Apabila digunakan untuk suatu waktu tepat dalam sehari, maka dizhi ialah waktu pusat jangka waktu itu. Contohnya, 午code: zh is deprecated (Kuda) bermaksud tengah hari atau tempoh dari pukul 11 pagi hingga 1 petang. (Sistem jieqi memberikan j tunggal dan lengkok 15 darjah dalam masa dan angkasa.)
Musim Cina berasaskan pemerhatian matahari dan bintang, bukannya cuaca. Kebanyakan sistem berkalendar Cina memulakan tahun baru pada anak bulan pertama selepas solstis musim sejuk.
Dizhi kini digunakan bersama tiangan dalam versi terkini "kalendar tradisional" dan dalam Taoisme. Kombinasi Ganzhi (Batang Dahan) ialah satu kaedah yang agak baru penandaan waktu; ketika zaman Shang, yang memberikan nama hari hari dalam seminggu ialah 10 tiangan itu. Dahan dahan ini selama usianya dengan Batang batang (malah menurut penemuan arkeologi terkini, mungkin lebih lama), namun Batang batang itu terikat pada kalendar amal raja raja Cina dan bukannya sebahagian sistem kalendar kebanyakan orang Cina.