![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/12/Janissary_Recruitment_in_the_Balkans-Suleymanname.jpg/640px-Janissary_Recruitment_in_the_Balkans-Suleymanname.jpg&w=640&q=50)
Devşirme
From Wikipedia, the free encyclopedia
Devshirme[1] (Bahasa Turki Uthmaniyah: دوشيرمهcode: ota is deprecated , devşirme, adalah satu sistem di mana Empayar Uthmaniyah menghantar pegawai tentera untuk memilih anak-anak lelaki yang berumur sekitar 8 hingga 18 tahun dari masyarakat Kristian di kawasan timur dan selatan Eropah, khususnya rantau Balkan dan Anatolia. Anak-anak yang dikerah akan memeluk agama Islam[2] agar dilatih berkhidmat dengan kerajaan dalam ketenteraan atau perkhidmatan awam terutamanya Janissari.[3][4] Keadaan peluang yang terbuka ini juga menyebabkan ada sebahagian orang tua yang memberi duit suapan kepada petugas untuk mengambil anak mereka menaikkan kedudukan keluarga.[5]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/12/Janissary_Recruitment_in_the_Balkans-Suleymanname.jpg/640px-Janissary_Recruitment_in_the_Balkans-Suleymanname.jpg)
Sistem ini dimulakan pada pertengahan abad ke 14 semasa pemerintahan Sultan Murad I untuk mengimbangi pengaruh bangsawan Turki yang semakin meningkat. Namun, sistem devşirme tidak disukai[6] dan ditolak oleh penduduk setempat;[7][8][9][10] malah ia turut dihujahkan bertentangan dengan syariat Islam.[4][11] Dari abad ke-15 sampai akhir abad ke-17, 200–300.000 anak lelaki direkrut dengan sistem ini.[4][11]
Pada pertengahan abad ke17, sistem ini secara beransur ansur mula diabaikan. Akhirnya sistem ini dimansuhkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ahmet III.