Dennis Haysbert
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dennis Dexter Haysbert (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan penampilannya dalam iklan untuk Allstate Insurance. Beliau menjayakan watak pemain besbol Pedro Cerrano dalam trilogi filem Major League, Agen Perkhidmatan Rahsia Tim Collin dalam filem thriler politik 1997 Absolute Power, dan Sarjan Mejar Jonas Blane dalam siri drama The Unit. Beliau juga dikenali menerusi watak sebagai Senator AS (kemudian Presiden) David Palmer dalam 5 musim pertama 24 dan telah muncul dalam filem-filem Love Field, Heat, Waiting to Exhale, Far From Heaven dan siri cereka sains Incorporated.
Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Dennis Haysbert | |
---|---|
Kelahiran | Dennis Dexter Haysbert (1954-06-02) 2 Jun 1954 (umur 70) San Mateo, California, A.S. |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1978–kini |
Terkenal kerana | Iklan Allstate, 24, The Unit |
Pasangan | Elena Simms (k. 1980; c. 1984) Lynn Griffith (k. 1989; c. 2001) |
Anak-anak | 2 |
Tutup