![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/9/91/Demon%2527s_Souls_Cover.jpg/640px-Demon%2527s_Souls_Cover.jpg&w=640&q=50)
Demon's Souls
From Wikipedia, the free encyclopedia
Demon's Souls (デモンズソウルcode: ja is deprecated , ˈdimənz soʊlz) (Tulisan Jawi: ديمونز سولز) merupakan sebuah judul permainan video berperanan dengan elemen aksi yang direka oleh From Software (dengan bantuan daripada SCE Japan Studio) secara eksklusif untuk konsol PlayStation 3. Judul ini dikeluarkan di Jepun pada 5 Februari, 2009 dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment; di Amerika Utara pula pada 7 Oktober, 2009 dan diterbitkan oleh Atlus, manakala di Eropah pada 25 Jun, 2010 dan diterbitkan oleh Namco Bandai.
![]() Muka hadapan versi Eropah edisi Black Phantom. | |
Pembangun | From Software SCE Japan Studio |
---|---|
Penerbit | |
Pengarah | Hidetaka Miyazaki ![]() |
Pereka | From Software Hidetaka Miyazaki (Pengarah) Masanori Takeuchi (Penerbit) Eiichi Nakajima (Pembantu penerbit) Sony Computer Entertainment Takeshi Kaji (Penerbit judul) Takahiro Kaneko (Pembantu penerbit judul) |
Komposer | Shunsuke Kida |
Platform | PlayStation 3 |
Pelepasan | |
Genre | RPG |
Mod | Seorang pemain, pemain berganda dalam talian |
Bertemakan sebuah dunia Eropah purba, para pemain mengawal seorang pahlawan yang telah menjejakkan kaki ke negeri jajahan Boletaria, yang kini telah ditelan oleh sejenis kabus yang membawa dengannya syaitan dan makhluk-makhluk ganas yang memakan roh manusia hidup. Permainan video ini dikaitkan dengan siri King's Field[3], iaitu sebuah siri judul-judul daripada pereka yang sama. Gaya permainannya bercorakkan sebuah sistem penciptaan watak dengan penekanan kepada pengumpulan barang-barang melalui pertarungan dengan musuh dalam dunia yang tidak linear serta bervariasi. Demon's Souls juga memiliki sebuah sistem berbilang pemain dalam talian unik yang digabungkan menjadi permainan seorang pemain di mana para pemain boleh meninggalkan mesej-mesej berguna termasuklah amaran-amaran kepada pemain di dunia mereka masing-masing.
Setelah dikeluarkan di Jepun dan Amerika Utara, Demon's Souls telah menerima sambutan positif daripada golongan pengkritik, sekaligus memenangi beberapa anugerah. Rekaan seni fantasi gelapnya, variasi dalam pertarungan serta sistem integrasi dalam talian Demon's Souls telah dipuji, manakala tahap kesukaran permainannya dianggap sebagai sebuah cabaran yang asli.