![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ac/Men_decathlon_PV_French_Athletics_Championships_2013_t142927.jpg/640px-Men_decathlon_PV_French_Athletics_Championships_2013_t142927.jpg&w=640&q=50)
Dekatlon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dekatlon merupakan acara gabungan dalam sukan olahraga yang terdiri daripada sepuluh acara balapan dan padang. Perkataan dekatlon berasal daripada perkataan Yunani, dari δέκα (déka, bermaksud "sepuluh") dan ἄθλος (áthlos, atau ἄθλον, áthlon, bermaksud "pertandingan" atau “hadiah”). Acara dekatlon diadakan selama dua hari berturut-turut dan juaranya ditentukan berdasarkan persembahan dalam kesemua acara. Persembahan dihakimi oleh sistem pungutan mata bagi setiap acara, bukannya berdasarkan kedudukan yang dicapai. Dekatlon dipertandingkan oleh atlet lelaki, manakala atlet wanita biasanya bersaing dalam acara heptatlon.
Olahraga Dekatlon | |
---|---|
Dekatlon menggabungkan empat larian, tiga lompatan, dan tiga lemparan. | |
Rekod lelaki | |
Dunia | Kevin Mayer 9126 pts (2018) |
Olimpik | Roman Šebrle 8893 pts (2004) |
Rekod wanita | |
Dunia | Austra Skujytė 8358 pts (2005) |
Secara tradisi, gelaran "Atlet Teragung Dunia" diberikan kepada seseorang yang memenangi dekatlon, oleh itu, atlet teragung dunia sepnjang zaman merupakan pemegang rekod dekatlon (Kevin Mayer setakat September 2018). Gelaran ini mula diberikan apabila Raja Gustav V dari Sweden memberitahu Jim Thorpe, "You, sir, are the world's greatest athlete" selepas Thorpe memenangi dekatlon di Olimpik Stockholm pada 1912. Pemegang rekod dunia dekatlon yang terkini ialah atlet Perancis Kevin Mayer, yang mencatat 9,126 mata di Décastar 2018.
Acara ini dibangunkan daripada pentatlon purba. Pertandingan pentatlon pernah diadakan di Olimpik Yunani purba. Pentatlon melibatkan lima disiplin – lompat jauh, lempar cakera, rejam lembing, pecut dan perlawanan gusti. Diperkenalkan di olimpik ketika 708 BC, pertandingan ini sememangnya terlalu masyhur selama beberapa abad. Pada abad ke-6 BC, pentatlon mula menjadi sebagai sukan keagamaan. Pertandingan sepuluh acara ini dikenali sebagai kejohanan "serba boleh", mirip dengan dekatlon moden, pertama kali dipertandingkan di kejohanan amatur Amerika Syarikat pada 1884 dan mencapai bentuk tekal pada 1890; pertandingan serba boleh ini diadakan di Sukan Olimpik Musim Panas 1904, meskipun diragui sama ada ia menjadi acara Olimpik yang rasmi ketika itu. Dekatlon moden mula tampil dalam program olahraga Olimpik pada temasya 1912 di Stockholm.