Deadliest Catch
From Wikipedia, the free encyclopedia
Deadliest Catch adalah sebuah siri televisyen dokumentari/realiti yang dikeluarkan oleh Original Productions untuk Discovery Channel. Ia memaparkan peristiwa kehidupan sebenar di atas kapal nelayan di Laut Bering semasa musim menangkap ketam raja Alaska dan C. opilio.
Deadliest Catch | |
---|---|
Fail:Deadliestcatchopening.jpg | |
Format | Dokumentari realiti |
Pencipta | Thom Beers |
Pencerita suara latar | Mike Rowe |
Lagu pembukaan | "Wanted Dead or Alive" oleh Bon Jovi |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 90 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 40–45 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Discovery Channel |
Siaran asal | 12 April 2005 (2005-04-12) – kini |
Laman sesawang |
Pelabuhan Dutch Harbor, Kepulauan Aleut (terletak di Unalaska, Alaska) merupakan pangkalan operasi bagi armada nelayan ini. Nama program ini diberikan ekoran risiko kecederaan atau kematian yang tinggi yang mesti dihadapi oleh krew kapal di sebabkan persekitaran tempat bekerja dan suasana alam semulajadi yang berbahaya.
Deadliest Catch pertama kali disiarkan di Discovery Channel pada 12 April, 2005 dan kini disiarkan di lebih 150 buah negara. Musim pertama terdiri dari 10 episod, dengan episod terakhirnya disiarkan pada 14 Jun, 2005. Musim seterusnya disiarkan pada bulan April sehingga Jun atau Julai setiap tahun sejak musim asal pada tahun 2005. Musim ke-6 telah disiarkan pada 13 April, 2010. Musim-musim dirakamkan pada musim luruh sebelumnya (raja ketam) dan musim sejuk (C. opilio).