From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Openg adalah seorang senator Malaysia mulai 11 Julai 2010. Beliau merupakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Dayang Madinah merupakan usawan wanita yang berjaya. Beliau merupakan wanita Melayu pertama dari Sarawak yang dilantik sebagai senator.
Dato Hajah Dayang Madinah Abang Openg P.S.B.S., P.P.N. | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Dalam jawatan 19 Julai 2010 – 18 Julai 2016 | |
Lantikan | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Didahului oleh | Empiang Jabu |
Digantikan oleh | Zaiedi Suhaili |
Butiran peribadi | |
Ibu bapa | Abang Haji Openg (bapa) |
Saudara | Abang Johari Tun Openg |
Dayang Madinah bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah St Mary, Kuching. Kemudian ke UiTM dalam bidang sains pengurusan dan pentadbiran.
Ayah beliau Tun Abang Openg Abang Sapiee iaitu Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama. Abangnya merupakan Ketua Menteri Sarawak keenam, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Dayang Madinah mulai menceburi bidang politik Sarawak pada 1983. Dilantik menjadi setiausaha pergerakan wanita (1989-1995) dan Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB (1987-sekarang). Beliau aktif sebagai Jawatankuasa Biro Wanita Saberkas Sarawak, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi Kawasan Petra Jaya dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Wanita Sarawak Bhd (KOWASA).
Beliau adalah wanita ketiga dari Sarawak dilantik sebagai Anggota Dewan Negara selepas Empiang Jabu dari PBB dan Doris Sophia Brodi dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.