From Wikipedia, the free encyclopedia
Daya nukleus kuat, atau pendeknya daya kuat, atau saling-tindak kuat, merupakan saling-tindak antara kuark dan gluon yang dijelaskan dalam teori kromodinamik kuantum. Daya saling-tindak ini merupakan sebab zarah-zarah di nukleus atom bercantum. Daya kuat ini diperantara oleh gluon yang bertindak ke atas kuark dan antikuark, serta gluon lain sendiri. Saling tindak kuat merupakan saling-tindak yang paling kuat antara empat saling-tindak asas.
Nukleon terdiri daripada proton, yang bercas elektrik positif satu, atau neutron, yang tidak mempunyai cas elektrik. Oleh itu, daya elektrik yang menolak di antara proton-proton tidak membenarkannya berkumpul di dalam nukleus, kecuali ada daya yang lain yang lebih kuat yang menariknya.
Disebabkan daya ini tidak terasa pada jarak yang jauh, maka daya nukleus kuat ini dikatakan mempunyai julat pengaruh yang kecil, iaitu lebih-kurang saiz nukleus, ataupun lebih-kurang 1 fermi (1 fm, 1 femtometer, 10-15 meter). Dan disebabkan elektron dan neutrino tidak terikat ke dalam nukleus, daya nukleus kuat tidak mempunyai pengaruh ke atas elektron atau neutrino.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.