Hukum Coulomb
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hukum Coulomb (Jawi: حكوم كولومبcode: ms is deprecated ) dalam bidang elektrostatik ialah hukum yang menjelaskan daya tarikan di antara dua cas elektrik (q1 dan q2) yang diletakkan pada suatu jarak, r seperti pada rumus di bawah.[1]
Hukum ini menyatakan apabila terdapat dua (atau lebih) buah cas elektrik diletakkan pada suatu jarak, suatu daya akan terbentuk di antara kedua-dua cas (daya elektrostatik), yang berkadar terus dengan hasil darab cas-cas elektrik, dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara cas-cas.[2] Magnitud daya elektrostatik adalah bergantung kepada pemalar Coulomb, k (kira-kira 7009898800000000000♠8.988×109 N⋅m2⋅C−2). Dalam hal ini, daya yang terbentuk dapat membuat kedua-dua cas saling menarik atau menolak antara satu sama lain, bergantung pada sifat setiap cas (positif atau negatif). Cas-cas yang bersifat sama akan saling tolak-menolak, sedangkan cas-cas yang bersifat berbeza akan saling tertarik.[3]
Hukum ini dinamakan sempena ahli fizik Perancis, Charles-Augustin de Coulomb yang menemui hukum persamaan ini pada 1785.