From Wikipedia, the free encyclopedia
Dawson's Creek ialah sebuah siri drama remaja Amerika Syarikat yang menceritakan kisah cereka kehidupan sekumpulan sahabat karib dan persahabatan mereka yang sangat erat, bermula dari awal sekolah menengah sehingga kolej.
Dawson's Creek | |
---|---|
Genre | Drama remaja |
Pencipta | Kevin Williamson |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan |
|
Penggubah |
|
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 128 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Lokasi | Wilmington, North Carolina Cape Cod, Massachusetts |
Pemasangan kamera | Kamera tunggal |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Sony Pictures Television Distribution |
Penyiaran | |
Saluran asal | The WB |
Siaran asal | 20 Januari 1998 Mei 2003 | – 14
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Young Americans One Tree Hill |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Ia dibintangi oleh James Van Der Beek sebagai Dawson Leery, Katie Holmes sebagai sahabat sekaligus dan pasangan cintanya, Joey Potter, dan Joshua Jackson sebagai sahabat karib mereka Pacey Witter. Michelle Williams memegang wataj sebagai Jen Lindley, yang baru berpindah dari New York ke Capeside.
Siri ini dicipta oleh Kevin Williamson[1] dan ditayangkan perdana di The WB pada 20 Januari 1998 dan diterbitkan oleh Columbia TriStar Television (yang kemudian bertukar nama kepada Sony Pictures Television sebelum musim keenam yang sekaligus musim terakhir). Penggambaran siri ini dijalankan di Wilmington, Carolina Utara.
Sebagai sebahagian dari rombakan baru ke atas rancangan televisyen dan filem bertemakan remaja di Amerika pada akhir dekad 1990-an, siri melancarkan kerjaya barsian pelakonnya sebagai bintang. Siri ini berakhir pada 14 Mei 2003.[2] Dawson's Creek menduduki kedudukan No. 90 dalam senarai "New TV Classics" Entertainment Weekly pada 2007.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.