Dataran Tinggi Dieng
dataran tinggi di Indonesia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dataran Tinggi Dieng ialah kawasan gunung berapi yang masih lagi aktif di Wilayah Jawa Tengah. Rantau ini bertempat di kawasan Kabupaten Banjarnegara dan Kabupaten Wonosobo. Rantau ini pula bersempadankan Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing di bahagian barat daripada Dataran Tinggi Dieng.
Dataran Tinggi Dieng mempunyai ketinggian purata ialah hampir 2,000 m atas paras laut. Purata suhu di Dieng ialah antara 12 °C sehingga 20 °C pada waktu siang dan mempunyai purata suhu antara 6 °C sehingga 10 °C pada waktu malam. Sejak musim kemarau (Julai dan Ogos), suhu udara boleh mencecah 0 °C pada waktu pagi serta mengeluarkan embun beku yang dikenali sebagai bun upas ("embun racun") oleh penghuni tempatan kerana ia boleh menjadi penyebab kerosakan kepada hasil pertanian.
Dari segi pentadbiran, kawasan Dieng ialah wilayah kepada Kampung Dieng Kulon di Kabupaten Banjarnegara dan merupakan wilayah kepada Kampung Dieng di Kabupaten Wonosobo. Dieng merupakan satu kawasan yang paling terasing di Jawa Tengah.