Dasar satu anak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dasar satu anak (Cina ringkas: 计划生育政策code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 計劃生育政策code: zh is deprecated ; pinyin: jìhuà shēngyù zhèngcè, secara rasmi diterjemahkan sebagai "dasar perancangan keluarga"[1] dilaksanakan oleh kerajaan Republik Rakyat China mulai 1978 sebagai dasar kawalan penduduk manusia. Pada 2007, kira-kira 35.9% penduduk tertakluk kepada sekatan kelahiran anak kedua.[2] 76% penduduk menyokong dasar ini. Dianggarkan 250 dan 300 juta kelahiran disekat dari 1978 hingga tahun 2000 dan 400 juta kelahiran dari 1979 hingga 2010.
Dasar ini diperkenalkan oleh Presiden Deng Xiaoping pada 1979 untuk mengurangkan masalah sosial, ekonomi, dan alam sekitar China. [3][4] Dasar ini bertentangan dengan dasar Mao Zedong pada 1949 bahawa 'dalam semua benda di dunia, manusia adalah paling utama'. Lebih besar penduduk, bermakna lebih banyak tenaga kerja.
Pada November 2013, kerajaan China mengumumkan yang dasar rasmi ini akan dilonggarkan, bagi membenarkan pasangan memiliki dua anak jika salah seorang daripada mereka ialah anak tunggal.[5][6]
Pada 29 Oktober 2015, agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan kenyataan daripada Parti Komunis China bahawa dasar satu anak ditukar kepada dasar dua anak,[7][8][9][10] tetapi ini hanya akan berkuatkuasa apabila diluluskan di sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan pada Mac 2016.[11][12][13]