rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada mereka yang telah memberikan jasa kepada negeri Sarawak, dan masyarakat keseluruhannya. Upacara Penganugerahan tersebut selalunya diadakan di Astana Negeri (Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak).[1]
Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 1928, iaitu ketika Sarawak berada di bawah pemerintahan Rajah Brooke. Darjah Kebesaran yang paling tinggi pada ketika itu adalah 'The Most Excellent Order of The Star of Sarawak'. Namun kesemua status darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak dilucutkan taraf apabila Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946. Hanya pada tahun 1963, iaitu kemerdekaan Sarawak melalui penubuhan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak yang baru memperkenalkan semula darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri.
Kumpulan I : Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
Kumpulan II : Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak
Kumpulan III : Darjah Jasa Bakti Sarawak
Kumpulan IV : Pingat Pentadbiran Awam
Kumpulan V : Pingat Perwira Negeri
Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Sarawak[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.