Dan Quayle
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
James Danforth Quayle III (Jawi: جيمس دينفورث کوءيل III) merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dari tahun 1989 hingga 1993. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai senator Amerika Syarikat dari Indiana dari tahun 1981 hingga 1989 dan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah ke-4 dari tahun 1977 hingga 1981.
Dan Quayle دين کوءيل | |
---|---|
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-44 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1989 – 20 Januari 1993 | |
Presiden | George H. W. Bush |
Didahului oleh | George H. W. Bush |
Digantikan oleh | Al Gore |
Senator Amerika Syarikat dari Indiana | |
Dalam jawatan 3 Januari 1981 – 3 Januari 1989 | |
Didahului oleh | Birch Bayh |
Digantikan oleh | Dan Coats |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah ke-4 Indiana | |
Dalam jawatan 3 Januari 1977 – 3 Januari 1981 | |
Didahului oleh | J. Edward Roush |
Digantikan oleh | Dan Coats |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Indianapolis, Indiana, A.S. | 4 Februari 1947
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Marilyn Tucker Quayle |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Tahun khidmat | 1969–1975 |
Pangkat | Sarjan |
Unit | Pengawal Kebangsaan Tentera Indiana |
Sebagai naib presiden, Quayle telah melakukan lawatan rasmi ke 47 negara dan dilantik sebagai Ketua Majlis Angkasa Negara. Beliau memperoleh pencalonan semula untuk naib presiden pada tahun 1992, namun calon Demokrat Bill Clinton dan pasangannya, Al Gore, mengalahkan tiket Bush/Quayle.
Quayle lahir di Indianapolis, Indiana pada 4 Februari 1947 sebagai anak James C. Quayle dan Corrine Pulliam Quayle. Kebanyakan orang menyebutnya dengan salah sebagai James Danforth Quayle III. Dalam buku kenangannya, beliau menegaskan bahawa nama kelahirannya ialah James Danforth Quayle. Datuknya, Eugene C. Pulliam, adalah pangasas Central Newspapers, Inc., sekaligus pemilik syarikat penerbitan terkemuka, seperti The Arizona Republic dan The Indianapolis Star. James C. Quayle dan keluarganya berpindah ke Arizona pada tahun 1955 untuk mengelola cawangan syarikat persendirian milik keluarga.
Ketika muda, Dan Quayle membesar di Arizona dan beliau berkelulusan Huntington High School di Huntington, Indiana pada tahun 1965. Lalu, beliau belajar fi DePauw University, tempat bermulanya bidang politik beliau (1969 ); beliau juga anggota kelab Delta Kappa Epsilon. Kemudian Quayle bergabung dalam "Indiana National Guard" (Kawalan Kebangsaan Indiana) dan bertugas pada tahun 1969-1975. Ketika bergabung dengan Kawalan, beliau meraih gelaran doktor perundangan (Juris Doctor) pada tahun 1974 dari Indiana University School of Law, Indianapolis.
Pada bulan Julai 1971, beliau menjadi penyiasat di Bahagian Perlindungan pengguna di pejabat Peguam Negara Indiana. Pada tahun yang sama, beliau menjabat sebagai pembantu pentadbir Gabenor Edgar Whitcomb. Dari tahun 1973-1974, beliau menjawat sebagai Pengarah Bahagian Cukai Warisan, Jabatan Hasil Bahagian Indiana. Quayle juga pernah bekerja sebagai pembantu penerbit di syarikat persendirian milik keluarganya, the Huntington Herald-Press, dan berurusan dengan undang-undang bersama isterinya, Marylin Tucker di Huntington.
Kerjaya politiknya bermula pada tahun 1976, iaitu Quayle terpilih sebagai anggota Kongres AS dan terpilih lagi pada tahun 1978. Pada tahun 1980, ketika berusia 33 tahun, Quayle menjadi Senator termuda dari Indiana, mengalahkan Birch Bayh. Quayle juga mencipta sejarah dengan memperoleh suara terbanyak ketika terpilih sekali lagi pada tahun 1986. Dalam Senat, Quayle bergabung dalam Suruhanjaya Pertahanan, Pengawasan Senjata, Anggaran serta Tenaga Kerja dan Sumber Manusia.
Pada bulan Ogos 1988, dalam Persidangan Kebangsaan Parti Republikan di New Orleans, Louisiana, George H. W. Bush meminta Quayle untuk jadi pasangannya dalam pilihan raya. Hal ini menjadi sasaran kritik banyak pihak yang menilai Quayle belum mempunyai pengalaman yang cukup - untuk jadi presiden - jika sesuatu terjadi kepada Bush. Pertanyaan lain yang muncul ialah hubungan keluarga Quayle supaya Quayle bergabung dalam Kawalan Kebangsaan Indiana dan sekaligus menghindarkan dirinya untuk berkhidmat dalam Perang Vietnam. Kalangan media juga menggambarkan Quayle sebagai peninju kelas ringan yang tak mampu menangani tugas tersebut.
Kritikan dan ejekan untuk Quayle mencapai kemuncaknya apabila kempen calon timbalan presiden yang disiarkan televisyen memaparkan Quayle membandingkan pengalamannya dengan Jack Kennedy. Calon Parti Demokrat, Lloyd Bentsen berkata, "Senator, saya berkhidmat bersama Jack Kennedy. Saya kenal Jack Kennedy. Jack Kennedy adalah salah satu kawan saya". "Senator, anda bukan Jack Kennedy,". Quayle menjawab, " Penjelasan itu tidak diperlukan, Senator," dan hal ini disambut tepukan dan cemuhan dari penonton. Reaksi Quayle terhadap ulasan Bentsen dimainkan berulang kali oleh Demokrat dalam iklan TV berikutnya dengan mengatakan: "Quayle: just a heartbeat away." Para pengkomedi dan kartunis politik juga sering meniru gaya Quayle. Kecaman-kecaman itu tidak mampu menggelincirkan kempen Republikan. Meskipun Republikan ketinggalan 15 peratus dalam undian umum sebelum persidangan, Bush/Quayle terus memenangi pilihan raya November dengan majoriti 54-45, menyapu 40 negeri dan menawan 426 kerusi.
Sebagai Naib Presiden, Quayle ialah ketua pertama Majlis Angkasa Negara, sebuah badan angkasa yang dibentuk semula pada tahun 1988. Pada 9 Februari 1989, Presiden Bush mengangkat Quayle sebagai Ketua Council on Competitiveness. Berbeza dengan para penggantinya, Al Gore dan Dick Cheney, Quayle hanya mempunyai peranan yang terhad.
Ketika Pilihan Raya 1992, Bush dan Quayle ditentang oleh Gabenor Arkansas, Bill Clinton dan Senator Tennessee, Al Gore dan pengusaha Texas, Ross Perot serta James Stockdale. Pasangan Bush-Quayle akhirnya kalah dengan pasangan Clinton-Gore.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.